Jom! Kenali Tubuh Anda
Wednesday, March 15, 2017
Tuesday, March 14, 2017
Monday, March 13, 2017
Sakit Gout
Penyakit arthritis yang biasa kita dengar
adalah gout. Dikenali sebagai penyakit orang kaya, gout biasanya dikaitkan
dengan pemgambilan makanan yang kaya dengan daging. Ini tidak benar, kerana
gout boleh menjadi lebih teruk dengan pengambilan beberapa jenis sumber
tumbuhan. Gout biasa berlaku pada lelaki.
Gout boleh menyebabkan
kesakitan pada mana-mana sendi tetapi bahagian sendi yang biasa dikaitkan
dengan gout adalah sendi yang berada dihujung kaki dan tangan seperti jari kaki
dan tangan, tumit dan lutut. Tanda gout termasuk sakit yang teruk pada sendi yang
berkaitan, rasa panas dan lembek pada sendi berkenaan, bengkak pada bahagian
berkenaan, dan kehadiran kulit yang tampak berkilat dan kemerahan pada bahagian
berkenaan. Simtom ini hadir dengan cepat dan boleh berlarutan beberapa hari
dimana sakit akan hilang dan sendi kembali sepertis ediakala. Namun bergitu,
sekali anda diserang gout, peluang untuk anda disernag lagi adalah tinggi.
Jadi, kalau anda
pernah diserang gout, anda perlu menjaga diet anda dengan mengelak atau
mengurangkan sumber sakit gout iaitu butir-butir halus garam urik asid yang
bertindak seperti pin-pin halus yang mencucuk bahagian sendi yang trelibat dan
meneybabkan sakit dan bengkak. Sumber urik asid ini boleh datang dari apa yang
anda makan. Justeru itu, kurang pengambilan daging merah (elak sama sekali
bahagian organ seperti hati, limpa dan paru), elakkan ikan sardine dan makerel,
dan sayur seperti bayam dan kobis putih.
Sunday, March 12, 2017
Arthritis
Satu bentuk penyakit yang boleh dikaitkan dengan tindakbalas sistem imun adalah arthritis yang merujuk kepada semua penyakit berkaitan dengan sendi (mudah kata sakit sendi). Simtom ynag biasa dialami adalah pembengkakan dan kesakitan pada sendi yang boleh menyebabkan ketegangan pada bahagian ebrkenaan sehingga menyukarkan untuk berjalan (mimpilah kalau nak berlari) atau menggerakkan bahagian jejari. Sakit boleh menjadi cukup ringan untuk diabaikan atau cukup sakit untuk membuat anda melolong kesakitan. Sakit-sakit sendi ni biasa dikaitkan dengan usia yangs emakin meningkat. Jika anda biasa mengalami sakit sendi yang berterusan atau berulang-ulang, adlah baik jika anda berjumpa dengna pakar rheumatologi (pakar yang sama anda jumpa untuk masalah alahan).
Saturday, March 11, 2017
Alahan Makanan yang Boleh Membunuh
Simtom alahan makanan
yang biasa boleh diatasi dengan mengambil antihistamina yang boleh didapati
dikaunter farmasi. Ini untuk simtom ringan seperti merah-merah pada kulit dan
bengkak bibit. Tetapi untuk bentuk alahan makanan yang lebih serius hingga
boleh membawa maut, individu terlibat eprlu dibawa kehospitald engan segera.
Bentuk alahan ini boleh melibatkan keeluruhan badan dan dinamakan anafilaksis.
Anafilaksis biasanya berlaku dengan tiba-tiba dan menjadii terukd engan pantas.
Simtom anafilaksis termasuk rasa pitam (yang akhirnya membawa kepada pengsan),
kesukaran bernafas, jantung berdegup laju, kulit pucat, kecelaruan dan rasa
resah
Antihisamina tidak
boleh membantu dalam kes ini dan anda perlu segera ke hospital untuk mengambil
suntikan adrenalin. Bagi individu yang telah dipastikan berisiko untuk
mengalami anafilaksis, mereka boleh membawa bersama mereka peralatan kecil menyerupai
pen yang mengandungi adrenalin dan boleh diguna terus untuk menyuntik adrenalin
kedalam tubuh ketika berlaku serang anafilaksis.
Thursday, March 9, 2017
Berdepan dengan Alahan Makanan
JIka anda mengalami alahan makanan, anda tiada pilihan tetapi
untuk menjadi seorang yang cerewet bila makan. Cara terbaik untuk mengatasi
masalah alahan makanan adalah untuk mengelak daripada menjamu makanan yang
menjadi punca kepada alahan anda. Memang tak seronok apatah lagi di Malaysia
yang merupakan syurga makanan. Ya, anda boleh mengambil antihistamina bila
berdepan dengan simtom alahan tetapi anda tidak boleh menjadikan ubat berkenaan
sebagai sebahagian daripada diet harian anda kerana sistem imun diperlukan
untuk menjaga tubuh anda dari serangan penyakit berjangkit.
Anda perlu peka dengan apa yang anda makan dan kandungan
dalam makanan anda. Ini kerana dalam alahan makanan, sedikit sahaja sudah cukup
untuk mencetus tindakbalas sistem imun dan membangkitkan simtom alahan.
Contohnya, jika anda alah kepada udang,
anda perlu peka bukan sahaja kepada udang tetapi juga makanan yang mengandungi
udang. Ini termasuk perisa kegemaran kita iaitu belacan dan makanan yang
mungkin mengandungi belcan seperti mee, kuew tiaw, dan mee hoon goring yang
dijual diluar sana kerana penyediaan makanan ini selalunya mengandungi belacan.
Wednesday, March 8, 2017
Makanan Punca Utama Alahan dan Simtom Alahan
Mana-mana makanan boleh menyebabkan alahan. Ini bergantung
kepada individu. Walaubagaimanapun, Agensi Dadah Persekutuan (Federal Drug
Agency, FDA) Amerika Syarikat telah menyenaraikan lapan makanan yang menjadi
punca utama alahan. Makan ini adalah susu, telur, ikan, makanan laut krusstasea
(seperti udang, ketam, lobster), kacang tanah, kekacang yang tumbuh dipokok
(seperti almond, walnut, pecan), gandum, dan kacang soya. Agensi ini juga telah
menjadikannya suatu kewajipan undang-undang untuk pihak pengeluar menyenaraikan
bahan makanan ini dalam produk makanan.
Simtom alahan boleh berlaku dalam tempoh hanya beberapa
minit atau sehingga dua jam selepas makanan yang membawa alahan kepada individu
berkenaan dimakan. Simtom ini boleh jadi salah satu atau gabungan beberapa
simtom dibawah:
a) Ruam merah pada kulit
b) Tompokan merah pada kulit (boleh jadi berair atau tidak)
c) Rasa semut-semut atau gatal pada mulut
d) Bengkak pada muka, bibir atau lidah
e) Muntah-muntah atau/dan cirit-birit
f) Rasa kejang pada bahagian perut (abdomen)
g) Batuk atau berdehit
h) Pening atau rasa pitam
i) Bengkak dibahagian tekak atau pita suara
j) Kesukaran bernafas
k) Pengsan
Subscribe to:
Comments (Atom)