Wednesday, March 15, 2017
Tuesday, March 14, 2017
Monday, March 13, 2017
Sakit Gout
Penyakit arthritis yang biasa kita dengar
adalah gout. Dikenali sebagai penyakit orang kaya, gout biasanya dikaitkan
dengan pemgambilan makanan yang kaya dengan daging. Ini tidak benar, kerana
gout boleh menjadi lebih teruk dengan pengambilan beberapa jenis sumber
tumbuhan. Gout biasa berlaku pada lelaki.
Gout boleh menyebabkan
kesakitan pada mana-mana sendi tetapi bahagian sendi yang biasa dikaitkan
dengan gout adalah sendi yang berada dihujung kaki dan tangan seperti jari kaki
dan tangan, tumit dan lutut. Tanda gout termasuk sakit yang teruk pada sendi yang
berkaitan, rasa panas dan lembek pada sendi berkenaan, bengkak pada bahagian
berkenaan, dan kehadiran kulit yang tampak berkilat dan kemerahan pada bahagian
berkenaan. Simtom ini hadir dengan cepat dan boleh berlarutan beberapa hari
dimana sakit akan hilang dan sendi kembali sepertis ediakala. Namun bergitu,
sekali anda diserang gout, peluang untuk anda disernag lagi adalah tinggi.
Jadi, kalau anda
pernah diserang gout, anda perlu menjaga diet anda dengan mengelak atau
mengurangkan sumber sakit gout iaitu butir-butir halus garam urik asid yang
bertindak seperti pin-pin halus yang mencucuk bahagian sendi yang trelibat dan
meneybabkan sakit dan bengkak. Sumber urik asid ini boleh datang dari apa yang
anda makan. Justeru itu, kurang pengambilan daging merah (elak sama sekali
bahagian organ seperti hati, limpa dan paru), elakkan ikan sardine dan makerel,
dan sayur seperti bayam dan kobis putih.
Sunday, March 12, 2017
Arthritis
Satu bentuk penyakit yang boleh dikaitkan dengan tindakbalas sistem imun adalah arthritis yang merujuk kepada semua penyakit berkaitan dengan sendi (mudah kata sakit sendi). Simtom ynag biasa dialami adalah pembengkakan dan kesakitan pada sendi yang boleh menyebabkan ketegangan pada bahagian ebrkenaan sehingga menyukarkan untuk berjalan (mimpilah kalau nak berlari) atau menggerakkan bahagian jejari. Sakit boleh menjadi cukup ringan untuk diabaikan atau cukup sakit untuk membuat anda melolong kesakitan. Sakit-sakit sendi ni biasa dikaitkan dengan usia yangs emakin meningkat. Jika anda biasa mengalami sakit sendi yang berterusan atau berulang-ulang, adlah baik jika anda berjumpa dengna pakar rheumatologi (pakar yang sama anda jumpa untuk masalah alahan).
Saturday, March 11, 2017
Alahan Makanan yang Boleh Membunuh
Simtom alahan makanan
yang biasa boleh diatasi dengan mengambil antihistamina yang boleh didapati
dikaunter farmasi. Ini untuk simtom ringan seperti merah-merah pada kulit dan
bengkak bibit. Tetapi untuk bentuk alahan makanan yang lebih serius hingga
boleh membawa maut, individu terlibat eprlu dibawa kehospitald engan segera.
Bentuk alahan ini boleh melibatkan keeluruhan badan dan dinamakan anafilaksis.
Anafilaksis biasanya berlaku dengan tiba-tiba dan menjadii terukd engan pantas.
Simtom anafilaksis termasuk rasa pitam (yang akhirnya membawa kepada pengsan),
kesukaran bernafas, jantung berdegup laju, kulit pucat, kecelaruan dan rasa
resah
Antihisamina tidak
boleh membantu dalam kes ini dan anda perlu segera ke hospital untuk mengambil
suntikan adrenalin. Bagi individu yang telah dipastikan berisiko untuk
mengalami anafilaksis, mereka boleh membawa bersama mereka peralatan kecil menyerupai
pen yang mengandungi adrenalin dan boleh diguna terus untuk menyuntik adrenalin
kedalam tubuh ketika berlaku serang anafilaksis.
Thursday, March 9, 2017
Berdepan dengan Alahan Makanan
JIka anda mengalami alahan makanan, anda tiada pilihan tetapi
untuk menjadi seorang yang cerewet bila makan. Cara terbaik untuk mengatasi
masalah alahan makanan adalah untuk mengelak daripada menjamu makanan yang
menjadi punca kepada alahan anda. Memang tak seronok apatah lagi di Malaysia
yang merupakan syurga makanan. Ya, anda boleh mengambil antihistamina bila
berdepan dengan simtom alahan tetapi anda tidak boleh menjadikan ubat berkenaan
sebagai sebahagian daripada diet harian anda kerana sistem imun diperlukan
untuk menjaga tubuh anda dari serangan penyakit berjangkit.
Anda perlu peka dengan apa yang anda makan dan kandungan
dalam makanan anda. Ini kerana dalam alahan makanan, sedikit sahaja sudah cukup
untuk mencetus tindakbalas sistem imun dan membangkitkan simtom alahan.
Contohnya, jika anda alah kepada udang,
anda perlu peka bukan sahaja kepada udang tetapi juga makanan yang mengandungi
udang. Ini termasuk perisa kegemaran kita iaitu belacan dan makanan yang
mungkin mengandungi belcan seperti mee, kuew tiaw, dan mee hoon goring yang
dijual diluar sana kerana penyediaan makanan ini selalunya mengandungi belacan.
Wednesday, March 8, 2017
Makanan Punca Utama Alahan dan Simtom Alahan
Mana-mana makanan boleh menyebabkan alahan. Ini bergantung
kepada individu. Walaubagaimanapun, Agensi Dadah Persekutuan (Federal Drug
Agency, FDA) Amerika Syarikat telah menyenaraikan lapan makanan yang menjadi
punca utama alahan. Makan ini adalah susu, telur, ikan, makanan laut krusstasea
(seperti udang, ketam, lobster), kacang tanah, kekacang yang tumbuh dipokok
(seperti almond, walnut, pecan), gandum, dan kacang soya. Agensi ini juga telah
menjadikannya suatu kewajipan undang-undang untuk pihak pengeluar menyenaraikan
bahan makanan ini dalam produk makanan.
Simtom alahan boleh berlaku dalam tempoh hanya beberapa
minit atau sehingga dua jam selepas makanan yang membawa alahan kepada individu
berkenaan dimakan. Simtom ini boleh jadi salah satu atau gabungan beberapa
simtom dibawah:
a) Ruam merah pada kulit
b) Tompokan merah pada kulit (boleh jadi berair atau tidak)
c) Rasa semut-semut atau gatal pada mulut
d) Bengkak pada muka, bibir atau lidah
e) Muntah-muntah atau/dan cirit-birit
f) Rasa kejang pada bahagian perut (abdomen)
g) Batuk atau berdehit
h) Pening atau rasa pitam
i) Bengkak dibahagian tekak atau pita suara
j) Kesukaran bernafas
k) Pengsan
Tuesday, March 7, 2017
Alahan Makanan atau Intoleransi Makanan?
Alahan makanan berbeza dengan intoleransi makanan. JIka alahan makanan melibatkan tindakbalas sistem imun, intoleransi makana biasanya disebabkan oleh ketidakhadaman makanan berkenaan. Justeru itu, simptom intoleransi makanan biasanya adalah perut kembung, cirit-birit atau rasa lesu.
Monday, March 6, 2017
Senjata Kimia Sistem Imun
Jadi, apakah senjata yang digunakan oleh sel imun badan
untuk membantu dalam memusnahkan musuh yang dikesan. Antara bahan kimia yang
dikeluarkan oleh sel imiun badan apabila ia berjaya menangkap bahan yang anggap
asing adalah pengeluaran sejenis bahan kimia yang dinamakan histamina. Kesan
yang anda rasai atau lihat akibat alahan sebenarnya adalah disebabkan oleh
tindakan histamine (dan ubat alahn biasanay bertindak dengan menghalang
pengeluaran histamine oleh badan)..
Pertamanya, histamine bertindak dengan membuka
ruang untuk lebih banyak darah memasuki bahagian dimana bahan asing ditangkap
dan ini yang anda lihat sebagi bintik=bintik merah pada permukaan kulit. Ianya
juga membawa kepada kegatalan yang anda rasai pada bahagian bintik-bintik merah
berkenaan. Disamping itu, histamina juga menyebabkan otot tertentu mengecut.
Bahan kesan ini boleh dilihat dalam symptom lelah (atau asma) dimana pengecutan
pada otot yang meneglilingi salur pernafasan meneybabkan salur pernafasan
menjadi sempit dan jika gagalam dikawal boleh membawa maut kerana salur
tertutup terus.
Sunday, March 5, 2017
Jenis Imuniti dan Vaksinasi
Kita sebenarnya ada tiga jenis imuniti: yang pertama dipanggil imuniti semulajadi (imuniti yang telah diprogram awal lagi dalam sel), yang kedua imuniti pasif (iaitu imuniti yang dipinjam dari sumber luar), dan ketiga imuniti adaptif iaitu imuniti yang dibentuk oleh tubuh hasil daripada pendedahan tubuh kepada pelbagai bahan asing sepanjang hidup kita).
Imuniti semulajadi adalah imuniti umum yang dibawa oleh tubuh kita yang membolehkannya mengelak daripada jangkitan sesetengah bahan asing didalam persekitaran kita. Ini memberikan kita imuniti terhadap virus dan bakteria yang boleh menjangkiti sepsis haiwan lain. Spesies yang berbeza mempunyai imuniti semulajadi yang berbeza. Sebab itu sesetengah virus atau bakteria yang menjangkiti manusia tidak dapat menjangkiti anjing atau kucing. Imuniti semulajadi ini termasuk lapisan sel pada luar dan dalam badan.
Imuniti pasif adalah imuniti yang kita pinjam daripada sumber luar. Ini termasuk imuniti yang diterima oleh bayi daripada ibu melalui pengambilan susu ibu. Imuniti ini bersifat sementara hasil daripada kehadiran antibodi dalam susu ibu.
Imuniti adaptif, seperti namanya, adalah jenis imuniti yang terbentuk hasil daripada keperluan tubuh untuk beradaptasi dan terus hidup dalam sekitarannya. Semakin usia meningkat dan semakin banyak bahan asing yang cuba menjajah tubuh, semakin banyak bahan pengesan kimia (antibodi) yang unik kepada bahan-bahan asing ini dihasilkan oleh tubuh kita. Ini membolehkan tubuh kita memberikan tindakbalas imun yang pantas bila bahan asing yang sama memasuki tubuh kita. Jadi, semakin kita dewasa, tubuh kita akan menjadi imun (tidak jatuh sakit) kepada lebih banyak jangkitan virus dan bakteria.
Imuti adaptif ini adalah imuniti yang sama diberikan melalui vaksinasi. Vaksinasi adalah penting terutamanya terhadap virus yang merbahaya seperti polio dimana dalam jangkitan polio, tubuh akan menjadi lumpuh sebelum sempat tubuh kita menghasilkan antibody terhadap virus tersebut. Vaksin adalah virus yang telah dilemahkan supaya tidak boleh membahayakan tubuh atau sebahagian daripada kerangka virus yang boleh dipelajari oleh sel imun untuk membolehkanya menghasilkan antibody terhadap virus tersebut. Jadi, bila berlaku serangan virus tersebut, tubuh sudah bersedia dengan antibodi untuk mengesan dan membuh virus berkenaan sebelum ianya boleh membawa kemudaratan kepada tubuh.
Imuti adaptif ini adalah imuniti yang sama diberikan melalui vaksinasi. Vaksinasi adalah penting terutamanya terhadap virus yang merbahaya seperti polio dimana dalam jangkitan polio, tubuh akan menjadi lumpuh sebelum sempat tubuh kita menghasilkan antibody terhadap virus tersebut. Vaksin adalah virus yang telah dilemahkan supaya tidak boleh membahayakan tubuh atau sebahagian daripada kerangka virus yang boleh dipelajari oleh sel imun untuk membolehkanya menghasilkan antibody terhadap virus tersebut. Jadi, bila berlaku serangan virus tersebut, tubuh sudah bersedia dengan antibodi untuk mengesan dan membuh virus berkenaan sebelum ianya boleh membawa kemudaratan kepada tubuh.
Thursday, March 2, 2017
Sel Imun yang Melindungi Tubuh Kita
Untuk memahami masalah alahan makanan, kita perlu memahami sistm imun kita iaitu sistem pertahanan badan kita. Seperi askar dan polis yang meronda negara kita, badan kita juga mempunyai peronda-peronda keselamatannya yang tersendiri. Tahukah anda, selain daripada sel darah merah, badan anda turun memngangkut sel pertahanan atau sel imun yang kita kenali sebagai sel darah putih, iaitu limfosit, basophil, sel plasma dan sel mas (mast cell).
Apabila badan dimasuki oleh bahan yang dianggap asing bagi badan, badan kita akan menggerakan sistem pertahanan badan untuk menghapuskan bahan asing ini. Bila berlaku kemasukan bahan asing contohnya, sejenis limfosit, iaitu T limfosit akan menyelebungi bahan asing berkenaan dan mengeluarkan bahan kimia untuk memusnahkan bahan berkenaan. Pada masa yang sama, ia juga akan menggerakkan sel-sel imun yang lain ke bahagian badan yang dikatakan tercemar denagn bahan asing itu.
Satu lagi kumpulan sel darah putih yang menarik dinamakan basofil dan sel mas. Dijumpai pada salur darah dan berdekatan permukaan bermukus (berlendir) yang terdapat dalam hidung dan mata, sel-sel ini menyimpan pelbagai jenis bahan kimia (iaitu senjata kimia badan) yang boleh digunakan sebagai senjata atau bahan isyarat supaya badan menggerakkan usaha kearah memusnahkan bahan asing berkenaan. Ini termasuk mengembangkan salur darah supaya lebih banyak darah boleh dialirkan ketempat berkenaan. Ini membolehkan lebih banyak bahan pemusnah dibawah kekawasan berkenaan.
Untuk mengesan dan mengecam musuh, basofil dan sel mas dibantu oleh rakan mereka yang dinamakan B limfosit. Dalam kes ini B limfosit mampu mengubah diri untuk membentuk sel plasma yang mempunyai kebolehan untuk menghasil dan mengeluarkan berjuta-juta alat pengesan yang dikenali sebagai antibodi. Antibodi yang dihasilkan akan dilekatkan pada basofil dan sel mas. Sebagai alat penegsan, antibodi akan memudahkan kedua-dua sel ini untuk mengecam dan memusnahkan bahan asing berkenaan.
Wednesday, March 1, 2017
Alahan Makanan
Makanan, kita saying makanan kita. Tidak dinadikan Malaysia
negara yang kaya dengan pelbagai jenis juadah makanan. Gerai makanan ada
disetiap pelusuk jalan di Malaysia. Jadi, saya sendiri kurang senang bercerita
topik yang negatif tentang makanan. Kalau boleh nak cerita tentang betapa
sedapnya makanan di Malaysia. Seperti kebanyakan orang Malaysia, saya juga suka
makanan kita. Bila saya mula mengamalkan pengurangan pengambilan makanan, saya
ingat renungan pelik dan ada juga yang mengejek, bila nasi yang diminta tampak
amat sikit – separuh cawan nasi. Saya tidaklah kisah kerana saya berpendapat
kita bertanggungjawab keatas kesihatan kita dan saya lebih suka memikirkan yang
renungan atau ejekan itu sebenarnya cara kita untuk menunjukkan sifat
ambil-berat.
Sementara tidak dinafikan bahawa makanan memainkan peranan
utama dalam penjagaan berat badan, ianya juga berperanan lebih dari itu. Selain
dari membekal makanan untuk pertumbuhan badan (tulang, pembinaan otot,
pembentukan sel, dsbnya), kita memerlukan kepelbagaian makanan untuk memastikan
keperluan mineral dan vitamin kita dicapai. Oleh kerana binaan kompleks
organisma hidup (yang menjadi sumber buah-buahan, sayuran dan daging) dan
bagaimana makan moden diawet untuk mengekalkan hayat dikedai, makanan juga boleh
menjadi punca pelbagai masalah kesihatan.
Sementara kita biasa mengaitkan masalah berkaitan makanan
dengan pengambilan gula dan lemak kerana kesan jangka panjang mereka kepada
berat badan serta beberapa masalah kesihatan lain seperti diabetes, darah tinggi,
dan kleoesterol tinggi; makanan juga boleh membawa masalah kesihatan dalam
jangka masa singkat. Dan ini selalunya berkait dengan bagaimana sistem imun
kita bertindakbalas dengan bahan semulajadi atau bahan kimia tambahan didalam
makanan yang kita makan.
Bila pengambilan sesuatu makanan (atau minuman) mencetus
tindakbalas sistem imun dalam badan, tindakbalas ini dikatakan alahan makanan.
Masalah alahan makanan adalah satu masalah yang masih belum difahami oleh
saintis perubatan. Kenapa tubuh kita melihat bahan tertentu sebagai bahan yang
boleh membawa bahaya adalah sesuatu yang masih belum diketahui. Kita tidak tahu
mengapa ada orang alah dengan sesuatu makanan tetapi orang lain tidak. Jadi,
buat masa ini, rawatan untuk masalah alahan adalah untuk menahan sistem imun
dari bertindak. Juga, reaksi tubuh
terhadap alahan makanan datang dalam pelbagai bentuk dan bentuk ini juga boleh disebabkan oleh
sebab-sebab lain – seperti jangkitan kuman dan virus.
Alahan makanan juga boleh disebabkan oleh apa-apa jenis
makanan. Sementara kebanyakan orang mengaitkan alahan makanan dengan makanan
laut seperti kerang, udang dan ketam (termasuklah belacan); alahan makanan
sebenarnya boleh disebabkan oleh apa sahaja bentuk makanan yang kita ambil. Ini
termasuklah air cordial, buah-buahan atau sayuran atau cokelat yang enak.
Subscribe to:
Comments (Atom)