Jumlah
air dalam badan disukat oleh pengesan pada atria jantung dan juga oleh otak
(hipotalamus) melalui pengesanan kepekatan darah. Dalam keadaan normal, air
hilang melalui peluh, kencing dan najis. Kehilangan ini boleh dipercepatkna
oleh muntah-muntah, cirit-birit dan juga semasa bersenam (melalui peluh). Sebab
itu, ianya penting untuk mengganti air yang hilang dalam keadaan ini untuk mengelakkan
dehidrasi yang melampau.
Bila
hipotalamus mengesan keadaan luar yang lebih pekat (hyperosmolar) daripada yang
sepatutnya, ianya menyebabkan pengeluaran hormon yang dinamakan ADH. ADH
bergerak melalui darah ke buah pinggang dimana di sini ianya menyebabkan buah
pinggang menyerap semula air yang sepatutnya membentuk air kencing. Oleh itu,
air dihalang daripda hilang melalui kencing. Pada masa yang sama, hipotalamus
merangsang pusat haus dalam otak untuk menyebabkan anda berasa haus.
Bila
konsentrasi darah rendah, paras ADH dalam plasma juga rendah. Maka dalam kes
ini, buah pinggang tidak akan menyerap semula air, dan air berkenaan akan
dibuang melalui air kencing.
No comments:
Post a Comment