Badan kita dipenuhi air dimana 60% daripada badan kita
adalah air. Disebabkan itu, selain daripada makanan, pengambilan air adalah
amat penting untuk tubuh kita. Malah, tanpa makanan, tetapi dengan adanya air,
kita boleh hidup sehingga 15 hari atau lebih; tetapi dengan makanan, tetapi
tiada air, kita hanya boleh hidup selama 3 hari (dan pada masa itu, anda
mungkin sedang berada dalam keadaan khayal kerana gannguan pada fungsi otrak
akibat kekurangan air).
Bagaimana badan kita menyimpan jumlah air yang begitu
banyak ini? Tidak pula Nampak macam kita ni semua kelihatan membuncit dengan
air atau badan lembik kerana air. Air badan kita mengisi setiap ruang d alam
tubuh kita. Sepertiga daripada air disimpan dalam sel. Ingat, tubuh kita dibina
oleh berbilion sel. Selebihnya, air disimpan dalam ruangan antara sel dan juga
dalam darah.
Badan kita menjaga dengan rapi kepekatan air dalam badan
kita. Ini kerana, fungsi optima tubuh kita bergantung rapat kepada kepekatan
air yang betul dalam darah dan sel. Bila kita sebut darah, kita sebenarnya merujuk
kepada air dalam saluran darah yang membawa sel darah merah, gas, dan pelbagai
bahan kimia yang dihasilkan oleh tubuh.
Bila tubuh mengalami kekurangan air yang melampau, darah
menjadi pekat dan ini menyebabkan jantung terpaksa berkerja lebih kuat untuk mengepam
darah dengan tekanan yang tinggi bagi membolehkan darah mengalir melalui saluran
darah keseluruh bahagian badan. Disamping itu, kebanyakan aktiviti kimia (aktiviti
metabolisma) yang berlaku dalam sel memerlukan kehadiran molekul air.
Disebabkan itu, untuk memastikan otak (yakni sel otak) berfungsi pada tahap
optima, anda perlu memastikan tubuh mempunyai air yang mencukupi.
No comments:
Post a Comment