Tubuh
kita direka untuk melawan perubahan. Mungkin itu juga sebab kenapa sukar untuk
kita menerima sesuatu perubahan di dalam sekitaran kita. Tetapi sementara
kesukaran yang kita rasai bila berada dalam suasana atau keadaan yang baru adalah
bersifat sementara dan akan hilang bila tubuh kita menerima keadaan baru itu
sebagai suatu kebiasaan bagi tubuh kita, sistem dalaman tubuh kita hanya
berfungsi pada suatu julat yang sangat terhad. Di luar julat yang ditetapkan, fungsi
dalam tubuh akan terganggu dan boleh membawa kemudaratan kepada tubuh.
Persekitaran
dalaman kita berfungsi pada keadaan yang hampir sama. Justeru itu, tubuh kita
sentiasa memantau persekitaran dalamannya untuk memastikan ianya sentiasa
berada dalam keadaan yang sama. Pemantauan ini dinamakan homeostasis dimana
perkataan homeostasis sebenarnya adalah perkataan Latin yang bermaksud “suka keadaan
tetap”. Bila berlaku sesuatu yang mengubah keadaan dalaman tubuh, aktivit
homeostais yang berkenaan akan digerakkan untuk bertindakbalas terhadap keadaan
tersebut dan membawa dalaman tubuh kepada keadaan yang diperlukan oleh tubuh
yang sihat. Keadaan bagi tubuh yang sihat ini kita namakan keadaan fisiologi
(sementara keadaan yang membawa kepada tubuh yang tidak sihat kita namakan
keadaan patologi).
Oleh
itu, tidak kira bagaimana keadaan sekitaran luar berubah dalam sesuatu hari,
apa yang anda makan, atau dimana anda berada, persekitaran dalam tubuh anda
senantiasa sama. Kawalan hemostasis wujud untuk antara lain suhu dalaman tubuh,
jumlah darah, keasidan dan kealkalian darah, dan paras glukosa darah. Pemantauan
ini sebahagian besarnya dilakukan oleh otak. Aktiviti pemantauan ini dan
aktiviti dalaman yang menyokong tindakbalas homeostasis memerlukan tenaga dan
keperluan tenaga ini disokong oleh glukosa (maka sebab itu juga, paras glukosa
dalam darah dikawal supaya berada pada paras tertentu untuk memastikan aktivit
dalaman tubuh berada pada tahap optimum).
Kenapa
perlu untuk tubuh meletakkan beberapa parameter tubuh seperti suhu dan pH
(ukuran keasdian dan kelkalian) pada julat yang spesifik? Pelbagai aktivit
kimia dalm tubuh hanya boleh berlaku pada keadaan tertentu. Contohnya
pencernaan makanan. Pencernaan makanan dalam perut hanya boleh berlaku pada pH2
kerana enzim yang bertindak dalam perut hany berfungsi dalam pH yang rendah.
No comments:
Post a Comment