Unsur asas dalam pembinaan tubuh kita adalah tiga unsur yang
menjadi bahan binaan seluruh komponen dalam sel dan justeru itu, tubuh kita pada
keseluruhannya. Tiga unsur ini adalah okcigen, hidrogen, dan karbon. Satu unsur
tambahan wujud untuk protein iaitu nitrogen. Sebab itu protein dikatakan bahan
bernitrogen.
Menakjubkan bukan? Kita, makhluk yang kompleks ini, dibina
dengan bahan yang sungguh ringkas. Tiada bezanya bahan binaan tubuh kita dengan
cacing yang tampak menjijikkan di dalam tanah atau rumput yang kita pijak (atau
pokok yang tumbuh melangit). Kita, pada asasnya, dibina dari bahan yang sama
dengan udara yang kita hirup dan air yang kita minum.
Sementara tubuh kita
tidak mempunyai kebolehan utnuk membina atau mambaiki diri menggunakan unsur
asas yang ada dalam udara dan air, kita boleh mendapatkan bahan-bahan asas
pembinaan kita dengan memakan dan mencerna makanan yang mengandungi
karbohidrat, protein dan lemak. Kebolehan tersebut diberi pada tumbuhan.
Sementara kita kena bergerak ke sana-sini untuk mencari makanan, tumbuhan tidak
perlu melakukan itu semua. Mereka hanya perlu mennyerap cahaya matahari dan
menghirup karbon dioksida dari udara untuk membina bahan-bahan yang diperlukan
untuk tumbesaran mereka.
No comments:
Post a Comment