Anda tidur pada waktu malam dan bangun pada
waktu pagi. Ini bukan kebetulan tetapi dikawal oleh “jam dalaman” yang mengawal
tubuh kita. Jam dalaman ini wujud dalam semua organisma hidup. Sementara ianya
telah diprogram pada awal lagi dalam tubuh kita, program ini boleh berubah
mengikut apa yang kita biasakan pada tubuh kita.
Jam dalaman yang mempengaruhi waktu tidur kita
dipanngil ritma sirkadian (circadian rhthym). Sementara ritma ini dihasilkan
oleh faktor semulajadi dalam tubuh kita, ianya juga boleh dipengaruhi oleh
isyarat daripada persekitaran kita. Sebagai contoh, jika kita biasa tidur pada
pukul 10 dan bangun pada pukul 5, kita akan mula rasa ngantuk bila mendekati
pukul 10 dan akan bangun dengan sendiri pada pukul 5.
Sistem yang mengawal jam ini dihasilkan oleh interaksi
antara pelbagai sel dalam tubuh. Cahaya adalah isyarat utama dalam mempengaruhi
ritma sirkadian. Isyarat cahaya, antara lain, boleh merangsang atau menghalang
penghasilan produk gen yang diperlukan untuk tidur.Gangguan pada ritma ini
telah dikaitkan dengan masalah tidur seperti insomnia. Ia juga telah dikaitkan
dengan masalah seperti kegemukan, diabetes, dan kemurungan.
No comments:
Post a Comment