Selalu diabaikan, tidur memainkan peranan yang sangat penting
dalam kesihatan kita. Tidur yang cukup boleh membantu melindungi keishatan
mental dan fizikal anda, serta keselamatan dan kualiti hidup anda. Apa yang
anda rasa pada keesokan harinya, sedar tak sedar, bergantung kepada apa yang
belaku semasa anda tidur. Hormon yang dihasilkan oleh otak untuk memberi isyarat
tidur dinamakan melatonin (jangan dikelirukan dengan melanin, pigmen yang memberi warna kulit).
Semasa anda tidur, sel-sel dalam tubuh anda berkerja untuk
menambahbaik dan membaiki sistem yang menyokong fungsi otak dan kesihatan
fisikal anda. Pada individu yang sedang membesar, seperti kanak-kanak dan
remaja, masa tidur juga membantu dalam menyediakan sokongan dan bahan untuk
tumbesaran dan perkembangan tubuh.
Tidur membantu menyediakan otak anda untuk berkerja
dengan lebih baik. Ia menyediakan otak untuk berkerja pada keesokan harinya
dimana waktu inilah sel-sel otak membina jalinan baru untuk menyimpan maklumat
yang kita perolehi pada siang hari. Kajian telah menunjukkan bahawa kurang
tidur boleh memnganggu kebolehan untuk membuat keputusan, menyelesaikan masalah
dan juga kebolehan seseorang untuk mengawal emosi dan perlakuan.
Waktu tidur juga diguna oleh badan untuk
membaiki dan menyembuh tisu dalam tubuh. Sebagai contoh, waktu tidur juga
membantu membaiki saluran darah termasuk saluran darah pada jantung. Kekurangan
tidur yang berlanjutan pada setiap malam telah dikaitkan dengan peningkatan
risiko sakit jantung, buah pinggang, tekanan darah tinggi, strok, dan diabetes.
Tidur mempengaruhi reaksi tubuh anda pada insulin (hormon yang mengurangkan
paras gula dalam darah). Tidur yang kurang boleh menyebabkan paras gula dalam
darah lebih tinggi dan ini boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidapi
diabetes.
Kekurangan tidur juka dikaitkan dengan risiko
gemuk. Ini kerana tidur membantu tubuh mengimbangi jumlah hormon yang
menyebabkan anda rasa lapar (hormon ghrelin) dan kenyang (hormon leptin). Bila
tidur tidak cukup, paras ghrelin meningkat dan leptin turun. Ini menyebabkan anda
rasa lapar. Cuba anda fikir, gemuk adalah salah satu risiko utama untuk
seseorang menghidapi diabetes. Dan dengan diabetes, risiko anda untuk mengalami
kegagalan buah pinggang, sakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi juga
meningkat. Ini adalah risiko yang sama dibawa akibat kurang tidur. Jadi,
pastikan anda cukup tidur.
No comments:
Post a Comment