Seperti yang didedahkan dalam blog sebelum ini, sel
stem adalah sel yang boleh mengubah dirinya kepada pelbagai jenis sel dalam
badan semasa pembentukan embrio atau janin. Stem ini dinamakan sel stem
embrionik.
Bila sel stem membahagi,
setiap sel baru yang terbentuk mempunyai potensi untuk mengekalkan sifat sel
stem tersebut atau mengkhusus kepada bentuk sel dengan fungsi yang khusus
seperti sel hati, otak, atau otot. Sel yang mengekalkan sifat sel stem dalam
organ yang terbentuk kita namakan sel stem dewasa. Sementara sel ini mengekalkan
kebolehan untuk membentuk sel terkhusus, ia hanya boleh membentuk sel yang dikhususkan
untuk organ yang diduduki.
Maka beza antara sel stem
dewasa dan sel stem embrionik adalah sementara sel stem embrionik boleh
membahagi kepada kepada sebarang jenis sel untuk sebarang jenis organ, sel stem
dewasa hanya boleh membahagi kepada sel yang khusus. Seperti yang dibayangkan
oleh namanya, sel embrionik hanya boleh diperolehi daripada embrio dan oleh kerana
itu, kegunaan sel ini dalam perubatan kekal menjadi satu isu etika baik dari
sudut agama atau perubatan. Bagi sel stem dewasa, ianya boleh diperolehi
daripada uri, darah tali pusat, dan sum-sum tulang. Sumber ini biasa digunakan
dalam perubatan namun kegunaannya adalah terhad.
No comments:
Post a Comment