Sebenanya, berapa banyak gula yang kita perlukan untuk
mendapatklan rasa manis yang mencukupi (bagi lidah kita) bergantung kepada apa
yang kita sudah biasakan untuk deria manis pada lidah. Maksudnya, jika kita sudah
biasa memasukkan 2 sudu teh gula kedalam secawan kopi, maka deria rasa pada
lidah kita akan mengesan rasa manis yang dirasakan mencukupi pada jumlah
tersebut.
Ini adalah hasil daripada fungsi adaptasi tubuh kita.
Adaptasi berlaku sebagai usaha untuk badan kita menyesuaikan diri dengan
sesuatu yang baru, yang akhirnya akan menjadi suatu kebiasaan bila tubuh kita
didedahkan pada keadaan yang sama untuk suatu tempoh tertentu.
Justeru itu, untuk kita membawa lidah kita untuk mengesan
rasa manis pada tahap yang lebih rendah, kita kena membiasakan lidah kita
dengan paras tersebut untuk suatu tempoh sehingga lidah kita menjadi biasa. Ini
boleh mengambil masa 3-6 minggu. Anda akan mengalami tempoh yang amat sukar
dalam minggu pertama dan kedua, dimana badan akan cuba melawan keadaan baru
yang anda perkenalkan. Teruskan usaha anda, dan saya berani jamin selepas,
paling lama enam minggu, dua sudu teh gula dalam secawan kopi akan menjadi
terlalu manis untuk anda.
No comments:
Post a Comment