Sementara aktiviti fizikal atau senaman ringan adalah tambahan yang
baik untuk emngurangkan berat badan, cuba lakukan lebih dari itu. Senaman yang
lebih berat boleh membawa kepada lebih daripada pengurangan berat badan.
Senaman senaman yang berat, tubuh menghasilkan pelbagai bahan kimia yang
mempenngaruhi antara lain, perkembangan dan kesejahteraan tubuh-badan
Anatara bahan kimia ini adalah hormone tumbesaran manusia (human growth factor, HGH) dan factor neurotrofik dari otak (brain
derived neurotrophic factor, BDNF). HGH membantu
merangsang perkembangan otot, meningkatkan pembentukan tulang, menyokong sistem
imun, dan menggalakkan pembakaran lemak. BDNF pula merangsang penghasilan sel
baru dalam otak dan seterusnya membantu dalam fungsi otak. Ini penting sekali
bila usia meningkat – bila otot mula mengurang dan lemak bertambah, sistem imun
semakin lemah dan fungsi otak mula menurun (semua ini adalah perubahan yang
berkait rapat dengan peningkatan usia).
Tidak perlu keterlaluan dalam senaman anda. Bila tubuh mengalami
tekanan fizikal melampau atau tubuh tidak dibenarkan berehat cukup selepas
senaman yang sebelumnya, tubuh akan mengeluarkan hormone kortisol. Hormon inui
menyokong metabolism tenaga semasa senaman yang panjang dengan menggalakkan
pembakaran lemak dan protein. Justeru itu, sementara kortisol menggalakkan
pembakaran lemak, ianya juga menggalakkan pembakaran protein untuk mendapatkan
tenaga sedangkan protein diperlukan untuk membaiki tisu yang rosak akibat
senaman.
No comments:
Post a Comment