Sebahagian daripada kita bertuah
(patut ke saya kata bertuah?) kerana banyak mana pun makanan yang dimakan,
beratnya macam itu juga. Sesetengah kita pula perlu menjaga dengan rapi apa
yang dimakan semata-mata untuk mengelak daripada berat badan menaik. Tetapi,
katalah anda berjaya memastikan berat anda berada pada jumlah yang dikatakan
sihat, patutkah anda mengelak daripada melakukan senaman? Bagi yang berumur,
senaman bukan sekadar untuk menjaga berat badan. Ia lebih kepada untuk
memastikan tubuh anda senantiasa cergas. Ada sebab mengapa tak kira apapun diet
yang disarankan diluar sana, saranan untuk bersenam tidak pernah ditinggalkan.
Jadi,
biar saya ulang semula. Anda tidak patut mengelak daripada bersenam atau
melakukan apa-apa bentuk aktiviti fizikal. Otak anda memantau apa yang tubuh anda guna. Kajian telah
menunjukkan bahawa semakin banyak anda guna otot anda, semakin banyak otot yang
kekal bila anda meningkat usia. Begitu juga tulang anda. Semakin banyak anda
bersenam, iaitu semakin banyak anda guna tulang anda, semaking kurang risiko
untuk anda mengalami osteoporosis. Jika anda kurang menggunakan otot dan tulang
anda melalui aktiviti fizikal atau senaman, maka ianya akan semakin mengurang
semakin anda meningkat usia. Apa yang tubuh rasa ianya tidak perlukan, ianya
akan ketepikan.
Paling penting, senaman atau
aktiviti fizikal yang kerap telah dibuktikan mampu mengurangkan risiko penyakit
yang dikaitkan dengan peningkatan usia. Malah, kajian telah menujukkan bahawa
senaman mampu melambatkan pembentukan penyakit seperti diabetes walaupun faktor
keturunan ada.
Saya
akui bahawa kehidupan berkerja, apatah lagi kerja pejabat, membuatkan sukar
untuk kita melakukan senaman. Tetapi bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih, naik tangga bila ada peluang, dan gunakan hujung minggu
untuk bangun awal dan berjalan ditaman berdekatan. Saya pasti ada banyak lagi
aktivit yang anda bvoleh fikirkan yang tidak melibatkan duduk bermalasan diatas
kerusi atau baring diatas tilam. Selagi ianya melibatkan pergerakan tangan dan
kaki yang aktif, itulah dia senaman. Cuba sekurang-kurangnya dapatkan 30 minit
sehari untuk melakukan ini.
No comments:
Post a Comment