Masalah kegemukan biasanya dilihat dari sudut pemakanan
iaitu apa yang kita makan dan berapa kerap kita makan. Juga dari sudut aktiviti
fizikal iaitu senaman. Cuka kita perhatikan. Makan melibatkan pengambilan
tenaga untuk kegunaan badan. Nutrien tenaga yang berlebihan (karbohidrat dan
lemak) akan disimpan dalam bentuk lemak dalam badan. Ini membawa kepada
penambahan berat badan. Bersenam pula adalah aktiviti yang memerlukan tenaga
digunakan. Sebab itu, kuat makan, kurang bersenam badan naik.
Apa yang kita lihat disini adalah suatu masalah matematik
yang mudah. JIka tenaga yang dibawa masuk (apa yang kita makan) lebih daripada
tenaga yang kita guna, maka lebihan tenaga itu akan disimpan sebagai lemak.
Jadi apa yang kita perlu buat adalah, makan banyak, senaman pun banyak. Dan
jika malas bersenam, maka makannya pun kena kurang.
Tetapi apakah yang dikatakan makan yang terlalu banyak? Itu
bergantung kepada kadar metabolisma asas tubuh kita. Kebiasaanya adalah 1500
kilo kalori (Kkal) untuk wanita dan 2000 Kkal untuk lelaki. Kadar metabolism
asas ini adalah tenaga yang diperlukan untuk aktiviti asas kita setiap hari
(tidak termasuk berjalan, berlari dan sebagainya).
No comments:
Post a Comment