Monday, March 13, 2017

Sakit Gout

Penyakit arthritis yang biasa kita dengar adalah gout. Dikenali sebagai penyakit orang kaya, gout biasanya dikaitkan dengan pemgambilan makanan yang kaya dengan daging. Ini tidak benar, kerana gout boleh menjadi lebih teruk dengan pengambilan beberapa jenis sumber tumbuhan. Gout biasa berlaku pada lelaki.

Gout boleh menyebabkan kesakitan pada mana-mana sendi tetapi bahagian sendi yang biasa dikaitkan dengan gout adalah sendi yang berada dihujung kaki dan tangan seperti jari kaki dan tangan, tumit dan lutut. Tanda gout termasuk sakit yang teruk pada sendi yang berkaitan, rasa panas dan lembek pada sendi berkenaan, bengkak pada bahagian berkenaan, dan kehadiran kulit yang tampak berkilat dan kemerahan pada bahagian berkenaan. Simtom ini hadir dengan cepat dan boleh berlarutan beberapa hari dimana sakit akan hilang dan sendi kembali sepertis ediakala. Namun bergitu, sekali anda diserang gout, peluang untuk anda disernag lagi adalah tinggi.

Jadi, kalau anda pernah diserang gout, anda perlu menjaga diet anda dengan mengelak atau mengurangkan sumber sakit gout iaitu butir-butir halus garam urik asid yang bertindak seperti pin-pin halus yang mencucuk bahagian sendi yang trelibat dan meneybabkan sakit dan bengkak. Sumber urik asid ini boleh datang dari apa yang anda makan. Justeru itu, kurang pengambilan daging merah (elak sama sekali bahagian organ seperti hati, limpa dan paru), elakkan ikan sardine dan makerel, dan sayur seperti bayam dan kobis putih.


Sunday, March 12, 2017

Arthritis

Satu bentuk penyakit yang boleh dikaitkan dengan tindakbalas sistem imun adalah arthritis yang merujuk kepada semua penyakit berkaitan dengan sendi (mudah kata sakit sendi). Simtom ynag biasa dialami adalah pembengkakan dan kesakitan pada sendi yang boleh menyebabkan ketegangan pada bahagian ebrkenaan sehingga menyukarkan untuk berjalan (mimpilah kalau nak berlari) atau menggerakkan bahagian jejari. Sakit boleh menjadi cukup ringan untuk diabaikan atau cukup sakit untuk membuat anda melolong kesakitan. Sakit-sakit sendi ni biasa dikaitkan dengan usia yangs emakin meningkat. Jika anda biasa mengalami sakit sendi yang berterusan atau berulang-ulang, adlah baik jika anda berjumpa dengna pakar  rheumatologi (pakar yang sama anda jumpa untuk masalah alahan). 

Saturday, March 11, 2017

Alahan Makanan yang Boleh Membunuh

Simtom alahan makanan yang biasa boleh diatasi dengan mengambil antihistamina yang boleh didapati dikaunter farmasi. Ini untuk simtom ringan seperti merah-merah pada kulit dan bengkak bibit. Tetapi untuk bentuk alahan makanan yang lebih serius hingga boleh membawa maut, individu terlibat eprlu dibawa kehospitald engan segera. Bentuk alahan ini boleh melibatkan keeluruhan badan dan dinamakan anafilaksis. Anafilaksis biasanya berlaku dengan tiba-tiba dan menjadii terukd engan pantas. Simtom anafilaksis termasuk rasa pitam (yang akhirnya membawa kepada pengsan), kesukaran bernafas, jantung berdegup laju, kulit pucat, kecelaruan dan rasa resah 


Antihisamina tidak boleh membantu dalam kes ini dan anda perlu segera ke hospital untuk mengambil suntikan adrenalin. Bagi individu yang telah dipastikan berisiko untuk mengalami anafilaksis, mereka boleh membawa bersama mereka peralatan kecil menyerupai pen yang mengandungi adrenalin dan boleh diguna terus untuk menyuntik adrenalin kedalam tubuh ketika berlaku serang anafilaksis. 

Thursday, March 9, 2017

Berdepan dengan Alahan Makanan

JIka anda mengalami alahan makanan, anda tiada pilihan tetapi untuk menjadi seorang yang cerewet bila makan. Cara terbaik untuk mengatasi masalah alahan makanan adalah untuk mengelak daripada menjamu makanan yang menjadi punca kepada alahan anda. Memang tak seronok apatah lagi di Malaysia yang merupakan syurga makanan. Ya, anda boleh mengambil antihistamina bila berdepan dengan simtom alahan tetapi anda tidak boleh menjadikan ubat berkenaan sebagai sebahagian daripada diet harian anda kerana sistem imun diperlukan untuk menjaga tubuh anda dari serangan penyakit berjangkit.


Anda perlu peka dengan apa yang anda makan dan kandungan dalam makanan anda. Ini kerana dalam alahan makanan, sedikit sahaja sudah cukup untuk mencetus tindakbalas sistem imun dan membangkitkan simtom alahan. Contohnya, jika anda alah kepada  udang, anda perlu peka bukan sahaja kepada udang tetapi juga makanan yang mengandungi udang. Ini termasuk perisa kegemaran kita iaitu belacan dan makanan yang mungkin mengandungi belcan seperti mee, kuew tiaw, dan mee hoon goring yang dijual diluar sana kerana penyediaan makanan ini selalunya mengandungi belacan. 

Wednesday, March 8, 2017

Makanan Punca Utama Alahan dan Simtom Alahan

Mana-mana makanan boleh menyebabkan alahan. Ini bergantung kepada individu. Walaubagaimanapun, Agensi Dadah Persekutuan (Federal Drug Agency, FDA) Amerika Syarikat telah menyenaraikan lapan makanan yang menjadi punca utama alahan. Makan ini adalah susu, telur, ikan, makanan laut krusstasea (seperti udang, ketam, lobster), kacang tanah, kekacang yang tumbuh dipokok (seperti almond, walnut, pecan), gandum, dan kacang soya. Agensi ini juga telah menjadikannya suatu kewajipan undang-undang untuk pihak pengeluar menyenaraikan bahan makanan ini dalam produk makanan.

Simtom alahan boleh berlaku dalam tempoh hanya beberapa minit atau sehingga dua jam selepas makanan yang membawa alahan kepada individu berkenaan dimakan. Simtom ini boleh jadi salah satu atau gabungan beberapa simtom dibawah:

a) Ruam merah pada kulit
b) Tompokan merah pada kulit (boleh jadi berair atau tidak)
c) Rasa semut-semut atau gatal pada mulut
d) Bengkak pada muka, bibir atau lidah
e) Muntah-muntah atau/dan cirit-birit
f) Rasa kejang pada bahagian perut (abdomen)
g) Batuk atau berdehit
h) Pening atau rasa pitam
i) Bengkak dibahagian tekak atau pita suara
j) Kesukaran bernafas

k) Pengsan

Tuesday, March 7, 2017

Alahan Makanan atau Intoleransi Makanan?

Alahan makanan berbeza dengan intoleransi makanan. JIka alahan makanan melibatkan tindakbalas sistem imun, intoleransi makana biasanya disebabkan oleh ketidakhadaman makanan berkenaan. Justeru itu, simptom intoleransi makanan biasanya adalah perut kembung, cirit-birit atau rasa lesu.

Monday, March 6, 2017

Senjata Kimia Sistem Imun

Jadi, apakah senjata yang digunakan oleh sel imun badan untuk membantu dalam memusnahkan musuh yang dikesan. Antara bahan kimia yang dikeluarkan oleh sel imiun badan apabila ia berjaya menangkap bahan yang anggap asing adalah pengeluaran sejenis bahan kimia yang dinamakan histamina. Kesan yang anda rasai atau lihat akibat alahan sebenarnya adalah disebabkan oleh tindakan histamine (dan ubat alahn biasanay bertindak dengan menghalang pengeluaran histamine oleh badan)..

Pertamanya, histamine bertindak dengan membuka ruang untuk lebih banyak darah memasuki bahagian dimana bahan asing ditangkap dan ini yang anda lihat sebagi bintik=bintik merah pada permukaan kulit. Ianya juga membawa kepada kegatalan yang anda rasai pada bahagian bintik-bintik merah berkenaan. Disamping itu, histamina juga menyebabkan otot tertentu mengecut. Bahan kesan ini boleh dilihat dalam symptom lelah (atau asma) dimana pengecutan pada otot yang meneglilingi salur pernafasan meneybabkan salur pernafasan menjadi sempit dan jika gagalam dikawal boleh membawa maut kerana salur tertutup terus.    

Sunday, March 5, 2017

Jenis Imuniti dan Vaksinasi

Kita sebenarnya ada tiga jenis imuniti: yang pertama dipanggil imuniti semulajadi (imuniti yang telah diprogram awal lagi dalam sel), yang kedua imuniti pasif (iaitu imuniti yang dipinjam dari sumber luar), dan ketiga imuniti adaptif iaitu imuniti yang dibentuk oleh tubuh hasil daripada pendedahan tubuh kepada pelbagai bahan asing sepanjang hidup kita).
Imuniti semulajadi adalah imuniti umum yang dibawa oleh tubuh kita yang membolehkannya mengelak daripada jangkitan sesetengah bahan asing didalam persekitaran kita. Ini memberikan kita imuniti terhadap virus dan bakteria yang boleh menjangkiti sepsis haiwan lain. Spesies yang berbeza mempunyai imuniti semulajadi yang berbeza. Sebab itu sesetengah virus atau bakteria yang menjangkiti manusia tidak dapat menjangkiti anjing atau kucing. Imuniti semulajadi ini termasuk lapisan sel pada luar dan dalam badan.
Imuniti pasif adalah imuniti yang kita pinjam daripada sumber luar. Ini termasuk imuniti yang diterima oleh bayi daripada ibu melalui pengambilan susu ibu. Imuniti ini bersifat sementara hasil daripada kehadiran antibodi dalam susu ibu.
Imuniti adaptif, seperti namanya, adalah jenis imuniti yang terbentuk hasil daripada keperluan tubuh untuk beradaptasi dan terus hidup dalam sekitarannya. Semakin usia meningkat dan semakin banyak bahan asing yang cuba menjajah tubuh, semakin banyak bahan pengesan kimia (antibodi) yang unik kepada bahan-bahan asing ini dihasilkan oleh tubuh kita. Ini membolehkan tubuh kita memberikan tindakbalas imun yang pantas bila bahan asing yang sama memasuki tubuh kita. Jadi, semakin kita dewasa, tubuh kita akan menjadi imun (tidak jatuh sakit) kepada lebih banyak jangkitan virus dan bakteria.

Imuti adaptif ini adalah imuniti yang sama diberikan melalui vaksinasi. Vaksinasi adalah penting terutamanya terhadap virus yang merbahaya seperti polio dimana dalam jangkitan polio, tubuh akan menjadi lumpuh sebelum sempat tubuh kita menghasilkan antibody terhadap virus tersebut. Vaksin adalah virus yang telah dilemahkan supaya tidak boleh membahayakan tubuh atau sebahagian daripada kerangka virus yang boleh dipelajari oleh sel imun untuk membolehkanya menghasilkan antibody terhadap virus tersebut. Jadi, bila berlaku serangan virus tersebut, tubuh sudah bersedia dengan antibodi untuk mengesan dan membuh virus berkenaan sebelum ianya boleh membawa kemudaratan kepada tubuh.  

Thursday, March 2, 2017

Sel Imun yang Melindungi Tubuh Kita

Untuk memahami masalah alahan makanan, kita perlu memahami sistm imun kita iaitu sistem pertahanan badan kita. Seperi askar dan polis yang meronda negara kita, badan kita juga mempunyai peronda-peronda keselamatannya yang tersendiri. Tahukah anda, selain daripada sel darah merah, badan anda turun memngangkut sel pertahanan atau sel imun yang kita kenali sebagai sel darah putih, iaitu limfosit, basophil, sel plasma dan sel mas (mast cell).

Apabila badan dimasuki oleh bahan yang dianggap asing bagi badan, badan kita akan menggerakan sistem pertahanan badan untuk menghapuskan bahan asing ini. Bila berlaku kemasukan bahan asing contohnya, sejenis limfosit, iaitu T limfosit akan menyelebungi bahan asing berkenaan dan mengeluarkan bahan kimia untuk memusnahkan bahan berkenaan. Pada masa yang sama, ia juga akan menggerakkan sel-sel imun yang lain ke bahagian badan yang dikatakan tercemar denagn bahan asing itu.

Satu lagi kumpulan sel darah putih yang menarik dinamakan basofil dan sel mas. Dijumpai pada salur darah dan berdekatan permukaan bermukus (berlendir) yang terdapat dalam hidung dan mata, sel-sel ini menyimpan pelbagai jenis bahan kimia (iaitu senjata kimia badan) yang boleh digunakan sebagai senjata atau bahan isyarat supaya badan menggerakkan usaha kearah memusnahkan bahan asing berkenaan. Ini termasuk mengembangkan salur darah supaya lebih banyak darah boleh dialirkan ketempat berkenaan. Ini membolehkan lebih banyak bahan pemusnah dibawah kekawasan berkenaan. 

Untuk mengesan dan mengecam musuh, basofil dan sel mas dibantu oleh rakan mereka yang dinamakan B limfosit. Dalam kes ini B limfosit mampu mengubah diri untuk membentuk sel plasma yang mempunyai kebolehan untuk menghasil dan mengeluarkan berjuta-juta alat pengesan yang dikenali sebagai antibodi. Antibodi yang dihasilkan akan dilekatkan pada basofil dan sel mas. Sebagai alat penegsan, antibodi akan memudahkan kedua-dua sel ini untuk mengecam dan memusnahkan bahan asing berkenaan.



Wednesday, March 1, 2017

Alahan Makanan

Makanan, kita saying makanan kita. Tidak dinadikan Malaysia negara yang kaya dengan pelbagai jenis juadah makanan. Gerai makanan ada disetiap pelusuk jalan di Malaysia. Jadi, saya sendiri kurang senang bercerita topik yang negatif tentang makanan. Kalau boleh nak cerita tentang betapa sedapnya makanan di Malaysia. Seperti kebanyakan orang Malaysia, saya juga suka makanan kita. Bila saya mula mengamalkan pengurangan pengambilan makanan, saya ingat renungan pelik dan ada juga yang mengejek, bila nasi yang diminta tampak amat sikit – separuh cawan nasi. Saya tidaklah kisah kerana saya berpendapat kita bertanggungjawab keatas kesihatan kita dan saya lebih suka memikirkan yang renungan atau ejekan itu sebenarnya cara kita untuk menunjukkan sifat ambil-berat.

Sementara tidak dinafikan bahawa makanan memainkan peranan utama dalam penjagaan berat badan, ianya juga berperanan lebih dari itu. Selain dari membekal makanan untuk pertumbuhan badan (tulang, pembinaan otot, pembentukan sel, dsbnya), kita memerlukan kepelbagaian makanan untuk memastikan keperluan mineral dan vitamin kita dicapai. Oleh kerana binaan kompleks organisma hidup (yang menjadi sumber buah-buahan, sayuran dan daging) dan bagaimana makan moden diawet untuk mengekalkan hayat dikedai, makanan juga boleh menjadi punca pelbagai masalah kesihatan.

Sementara kita biasa mengaitkan masalah berkaitan makanan dengan pengambilan gula dan lemak kerana kesan jangka panjang mereka kepada berat badan serta beberapa masalah kesihatan lain seperti diabetes, darah tinggi, dan kleoesterol tinggi; makanan juga boleh membawa masalah kesihatan dalam jangka masa singkat. Dan ini selalunya berkait dengan bagaimana sistem imun kita bertindakbalas dengan bahan semulajadi atau bahan kimia tambahan didalam makanan yang kita makan.

Bila pengambilan sesuatu makanan (atau minuman) mencetus tindakbalas sistem imun dalam badan, tindakbalas ini dikatakan alahan makanan. Masalah alahan makanan adalah satu masalah yang masih belum difahami oleh saintis perubatan. Kenapa tubuh kita melihat bahan tertentu sebagai bahan yang boleh membawa bahaya adalah sesuatu yang masih belum diketahui. Kita tidak tahu mengapa ada orang alah dengan sesuatu makanan tetapi orang lain tidak. Jadi, buat masa ini, rawatan untuk masalah alahan adalah untuk menahan sistem imun dari bertindak.  Juga, reaksi tubuh terhadap alahan makanan datang dalam pelbagai bentuk dan  bentuk ini juga boleh disebabkan oleh sebab-sebab lain – seperti jangkitan kuman dan virus.


Alahan makanan juga boleh disebabkan oleh apa-apa jenis makanan. Sementara kebanyakan orang mengaitkan alahan makanan dengan makanan laut seperti kerang, udang dan ketam (termasuklah belacan); alahan makanan sebenarnya boleh disebabkan oleh apa sahaja bentuk makanan yang kita ambil. Ini termasuklah air cordial, buah-buahan atau sayuran atau cokelat yang enak. 

Tuesday, February 28, 2017

Makan untuk Kesejahteraan Tubuh

Kita semua tahu pemilihan jenis makanan adalah penting untuk kesihatan tubuh. Kita tak perlu tambah lemak dalam makanan kita kerana secara semulajadi atau tanpa sedar, makanan yang kita makan akan mengandungi lemak. Lemak dalam daging, ikan, dan lemak dalam bentuk minyak yang kita guna untuk masak. Jenis lemak yang kta ambil penting, dan secara umum, lemak ikan dan sayuran (seperti kelapa sawit, kelapa dan minyak zaitun) adalah lebih baik daripada lemak haiwan.

Monday, February 27, 2017

Bersenam untuk Kesejahteraan Tubuh

Sementara aktiviti fizikal atau senaman ringan adalah tambahan yang baik untuk emngurangkan berat badan, cuba lakukan lebih dari itu. Senaman yang lebih berat boleh membawa kepada lebih daripada pengurangan berat badan. Senaman senaman yang berat, tubuh menghasilkan pelbagai bahan kimia yang mempenngaruhi antara lain, perkembangan dan kesejahteraan tubuh-badan

Anatara bahan kimia ini adalah hormone tumbesaran manusia (human growth factor, HGH) dan factor neurotrofik dari otak (brain derived neurotrophic factor, BDNF). HGH membantu merangsang perkembangan otot, meningkatkan pembentukan tulang, menyokong sistem imun, dan menggalakkan pembakaran lemak. BDNF pula merangsang penghasilan sel baru dalam otak dan seterusnya membantu dalam fungsi otak. Ini penting sekali bila usia meningkat – bila otot mula mengurang dan lemak bertambah, sistem imun semakin lemah dan fungsi otak mula menurun (semua ini adalah perubahan yang berkait rapat dengan peningkatan usia).

Tidak perlu keterlaluan dalam senaman anda. Bila tubuh mengalami tekanan fizikal melampau atau tubuh tidak dibenarkan berehat cukup selepas senaman yang sebelumnya, tubuh akan mengeluarkan hormone kortisol. Hormon inui menyokong metabolism tenaga semasa senaman yang panjang dengan menggalakkan pembakaran lemak dan protein. Justeru itu, sementara kortisol menggalakkan pembakaran lemak, ianya juga menggalakkan pembakaran protein untuk mendapatkan tenaga sedangkan protein diperlukan untuk membaiki tisu yang rosak akibat senaman.




Sunday, February 26, 2017

Bersenam untuk Kurangkan Berat Badan

Sebaiknya mulakan senaman semasa anda berada dalam fasa pasca-penyerapan. Ini akan merangsang pengeluaran glukagon. Hormon glukagon bertindak bertentangan dengan insulin. Jika insulin dihasilkan ketika gula dalam darah tinggi, glukagon dihasilkan ketika gula dalam darah rendah. Jika insulin merangsang penyimpanan gula dan juga lemak dalam otot dan tisu lemak, glukagon merangsang pemecahan simpanan gula dan lemak untuk penghasilan tenaga.


Bersenam semasa fasa pasca-penyerapan akan menyebabkan gula dalam darah digunakan untuk menjana pergerakan otot, dan kejatuhan paras gula dalam darah akan merangsang pengeluaran glukagon. Ini akan merangsang pemecahan simpanan gula dan juga lemak. Jika anada bersenam sebaik selepas anda mengambil makanan bergula yang tinggi, kenaikan gula dalam darah akan merangsang pengeluaran insulin. Walaupun ini merangsang pengambilan gula dari dalam darah oleh otot, tetapi pada masa yang sama ianya juga akan merencat pemecahan lemak untuk kegunaan otot. 

Saturday, February 25, 2017

Jom! Gerakkan Tubuh

Sebahagian daripada kita bertuah (patut ke saya kata bertuah?) kerana banyak mana pun makanan yang dimakan, beratnya macam itu juga. Sesetengah kita pula perlu menjaga dengan rapi apa yang dimakan semata-mata untuk mengelak daripada berat badan menaik. Tetapi, katalah anda berjaya memastikan berat anda berada pada jumlah yang dikatakan sihat, patutkah anda mengelak daripada melakukan senaman? Bagi yang berumur, senaman bukan sekadar untuk menjaga berat badan. Ia lebih kepada untuk memastikan tubuh anda senantiasa cergas. Ada sebab mengapa tak kira apapun diet yang disarankan diluar sana, saranan untuk bersenam tidak pernah ditinggalkan.

Jadi, biar saya ulang semula. Anda tidak patut mengelak daripada bersenam atau melakukan apa-apa bentuk aktiviti fizikal. Otak anda memantau  apa yang tubuh anda guna. Kajian telah menunjukkan bahawa semakin banyak anda guna otot anda, semakin banyak otot yang kekal bila anda meningkat usia. Begitu juga tulang anda. Semakin banyak anda bersenam, iaitu semakin banyak anda guna tulang anda, semaking kurang risiko untuk anda mengalami osteoporosis. Jika anda kurang menggunakan otot dan tulang anda melalui aktiviti fizikal atau senaman, maka ianya akan semakin mengurang semakin anda meningkat usia. Apa yang tubuh rasa ianya tidak perlukan, ianya akan ketepikan.

Paling penting, senaman atau aktiviti fizikal yang kerap telah dibuktikan mampu mengurangkan risiko penyakit yang dikaitkan dengan peningkatan usia. Malah, kajian telah menujukkan bahawa senaman mampu melambatkan pembentukan penyakit seperti diabetes walaupun faktor keturunan ada.


Saya akui bahawa kehidupan berkerja, apatah lagi kerja pejabat, membuatkan sukar untuk kita melakukan senaman. Tetapi bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, naik tangga bila ada peluang, dan gunakan hujung minggu untuk bangun awal dan berjalan ditaman berdekatan. Saya pasti ada banyak lagi aktivit yang anda bvoleh fikirkan yang tidak melibatkan duduk bermalasan diatas kerusi atau baring diatas tilam. Selagi ianya melibatkan pergerakan tangan dan kaki yang aktif, itulah dia senaman. Cuba sekurang-kurangnya dapatkan 30 minit sehari untuk melakukan ini. 

Thursday, February 23, 2017

Kurang Makan dan Hilang Berat

Dalam blog sebelum ini, saya ada katakana bahawa bila umur meningkat, kadar metabolism asas badan pula menurun dan jika mengawal pengambilan kalori adalah cara anda untuk mengawal berat badan, amak anda perlu mengurangkan lagi pengambilan kalori anda. Saya setuju, ini sukar dilakukan.

Tubuh kita diprogram untuk menyimpan kalori bukan untuk melepaskannya. Bila tubuh mua mengguna simpanan glikogen sedia ada (walaupun simpanan lemak banyak), tubuh akan mula menghantar isyarat untuk menyuruh kita makan. Antara lain, tubuh akan mengeluarkan hormon ghrelin untuk menggalakkan rasa lapar. Dan bila anda makan, hormone leptin dikeluarkan untuk memberi anda rasa kenyang, isyarat yang menandakan anda boleh berhenti makan, walaupun kebiasannya kita akan etrus makan apatah lagi bila dijamu oleh makanan yang terhidang dimeja buffet.

Sukar untuk kita melawan rasa lapar. Sebab itu, banyak cadangan supaya mengambil makana dalam jumlah yang kecil tetapi kerap untuk mengelak daripada pengeluaran isyarat lapar ini.  Tambahan pula, makan sebelum rasa lapar menyerang akan memberi anda lebih kawalan ke atas apa yang anda makan.

Pengurangan kalori adalah strategi yang biasa diguna oleh mereka yang ingin mengawal berat badan. Tetapi, perlu diingat bahawa tubuh kita akan mencari cara untuk mengawal perkara ini. Dalam jangka masa pendek ini akan meningkatkan insyarat lapar. Dalam jangkamasa panjang, BMR akan menurun. Maka pengurangan kalori, terutama bila anda cuba dibawah 1000 Kcal sehari tidak dinasihatkan pada jangkamasa panjang. Mereka yang mengamalkan pengambilan kalori yang terlalu rendah akan kembali ke berat asal kerana cara ini tidak boleh dikekalkan.


Wednesday, February 22, 2017

Kadar Metabolisma Asas

Jom kita lihat kadar asas metabolisma (basal metabolic rate atau BMR) iaitu tenaga yang digunakan ketika badan dalam keadaan rehat atau tenaga yang digunakan untuk membolehkan anda hidup. BMR dipengaruhi oleh factor seperti umur, genetic (keturunan) dan jantina. Kebiasaannya, lelaki memounyai BMR yang lebih tinggi daripada perempuan yang sama tinggi dan berat.

Mengikut umur, malangnya, semakin umur meningkat, semakin BMR menurun. Tidak pasti bila BMR mula menurun tetapi kebiasaannya penurunan ini bermula pada usia 18-20. Sebab itu seseorang individu mungkin perasan yang badannya mula naik bila usia melepasi 18-20 dan berat badan jelas bertambah bila menjejaki usia 25 tahun atau lebih awal. Maka, jika anda perasan yang berat badan anda mula naik (walaupun aktiviti harian anda dan kebiasaan makan anda tidak berubah), anda perlu mengurangkan bahagian makanan anda atau meningkatkan aktiviti fizikal anda untuk mengawak berat badan anda. 

Satu faktor lagi adalah berat. Semakin berat badan anda, semakin tinggi BMR. Ini jelas kerana lebih banyak tenaga diperlukan untuk menyelenggara dan menggerakkan tubuh yang lebih besar. Jadi, seorang individu dengan berat 90 kg yang telah berjaya menghilangkan 10 kg melalui pengurangan kalori akan mendapati sukar untuk beliau terus menghilangkan lebih banyak berat badan selepas itu jika beliau masih mengamalkan pengambilan jumlah kalori yang sama. Oleh itu, beliau terpaksa mengurangkan lagi pengambilan kalori untuk meneruskan penurunan berat badan.



Tuesday, February 21, 2017

Mengimbangi Kalori

Bila kita lihat dari sudut keseimbangan tenaga, apa yang kita makan dan berapa banyak kita bersenam bukanlah perkara utama. Apa yang penting adalah bagaimana kita mendapatkan keseimbanagn tenaga yang betul utnuk menyokong berat badan yang kita inginkan.

Kalau tujuan anda adalah untuk mengurangkan berat badan, anda kena pastikan nutrien tenaga yang diambil tidak melebihi tenaga yang digunakan oleh tubuh. Jadi bagaiman kita boleh capai keseimbangan tenaga yang betul? Anda boleh kurangkan makan atu tungkatkan aktiviti fizikal anda. Apa yang penting disini adalah anda perlu mengawasi apa yang anda makan. Dan dengan itu, anda perlu menjawa pengambilan kalori anda.


Untuk memudahkan anda, berikut adalah kalori bagi apa ynag kita biasa ambil setiap hari: 1 cawan nasi 200 kal, 1 cawan mi atau spaghetti 200-220 kal, 1 keping roti 80 kal, 1 sudu the gula 5 kal, 1 sudu besar susu pekat 60 kal, dan 1 sudu besar minyak (tak kisah apa minyak, samada dari sumber haiwan atau tum buhan).  

Monday, February 20, 2017

Keseimbangan Tenaga dan Berat Badan

Masalah kegemukan biasanya dilihat dari sudut pemakanan iaitu apa yang kita makan dan berapa kerap kita makan. Juga dari sudut aktiviti fizikal iaitu senaman. Cuka kita perhatikan. Makan melibatkan pengambilan tenaga untuk kegunaan badan. Nutrien tenaga yang berlebihan (karbohidrat dan lemak) akan disimpan dalam bentuk lemak dalam badan. Ini membawa kepada penambahan berat badan. Bersenam pula adalah aktiviti yang memerlukan tenaga digunakan. Sebab itu, kuat makan, kurang bersenam badan naik.

Apa yang kita lihat disini adalah suatu masalah matematik yang mudah. JIka tenaga yang dibawa masuk (apa yang kita makan) lebih daripada tenaga yang kita guna, maka lebihan tenaga itu akan disimpan sebagai lemak. Jadi apa yang kita perlu buat adalah, makan banyak, senaman pun banyak. Dan jika malas bersenam, maka makannya pun kena kurang.


Tetapi apakah yang dikatakan makan yang terlalu banyak? Itu bergantung kepada kadar metabolisma asas tubuh kita. Kebiasaanya adalah 1500 kilo kalori (Kkal) untuk wanita dan 2000 Kkal untuk lelaki. Kadar metabolism asas ini adalah tenaga yang diperlukan untuk aktiviti asas kita setiap hari (tidak termasuk berjalan, berlari dan sebagainya). 

Sunday, February 19, 2017

Keasidan Perut dan Pertumbuhan Bakteria

Perut mempunyai pH yang sangat berasid, iaitu pH 2. Ini bukan sahaja berfungsi untuk mengaktifkan protein yang diperlukan untuk mencerna protein tetapi juga memastikan bahawa mikroorganisma seperti bakteria yang memasuki perut dimusnahkan oleh pH berasid yang kuat. Ini kerana kebanyakan bakteria, sebagai contoh, hidup dalam pH yang beralkali. 

Saturday, February 18, 2017

Penghuni Usus Besar

Usus besar didiami oleh populasi bakteria yang besar. Dan mereka penting untuk kesihatan kita. Lebih dari 1000 bakteria mendiami usus kita. Dan majoritinya adalah bakteria yang baik. Dan majoriti ini memastikan bahawa populasi bakteria yang kurang baik tidak mendominasi usus besar dan membahayakan kita. 

Fungsi utama bakteria ini adalah untuk membantu mencerna bahan yang tidak dapat dicerna oleh tubuh kita. Ia juga membantu meneutralisasi bahan buangan berbahaya hasil dari pencernaan makanan, menghasilkan vitamin K yang berguna untuk pembekuan darah, dan juga mengawal populasi bakteria jahat. Ia juga membantu dalam sistem pertahanan tubuh kita.

Maka bila bakteria baik mendominasi usus, ianya akan dapat mengekalkan kesihatan usus kita dan seetrusnya tubuh kita. Bila bakteria jahat mendominasi, masalah seperti cirit-birit timbul. Dan ini boleh disebabkan bukan sahaja oleh keracunan makanan, tetapi juga masalah seperti stres, pengambilan alkokol, dan diet yang kurang baik.


Thursday, February 16, 2017

Posisi Terbaik dalam Tandas: Duduk atau Mencangkung

Kia dah bincang tentang makanan, jenis makanan, hasil pencernaan makanan dan sebagainya. Kali ini, kita masuk bahagian yang jarang dibincangkan. Bagaimana dengan bahan buangan yang terhasil? Kita semua tahu kemana perginya bahan buangan ini, tetapi adadakah anda tahu posisi yang paling baik untuk melepaskan bahan buangan ini? Tampak remeh, apatah lagi untuk layak dijadikan kajian saintifik; tetapi percaya atau tidak, bagaimana posisi anda semasa membuang air besar telah menjadi fokus kajian saintifik. Jadi apa keputusannya? Duduk atau mencangkung?

Mnegikut kajian saintifik, posisi yang terbaik adalah mencangkung. Bila kita makan, hasil pencernaan diserap dalam usus kecil dan memasuki saluran darah. Bahagian makanan yang tidak tercerna akan memasuki usus besar dimana ia akan bergerak perlahan menuju kehujung usus besar (bahagian rektum) dan dikeluarkan melalui bukaan anal. Bukaan anal ini ditutup atau dibuka dengan kehadiran otot yang mengelilingi bukaan ini dimana ianya berfungsi seperti pencerut (otot sfinkter) yang mencerut bukaan ini bila ia mengecut dan membuka bukaan ini bila ia dalam keadaan rehat.

Ada satu lagi otot yang berfungsi seperti tali getah yang mengelilingi dan menarik bahagian hujung usus besar yang berdekatan bukaan anal. Otot ini dipanggil otot puborektalis. Ia memegang bahagian hujung usus besar menyebabkannnya membengkok (perlindungan tambahan supaya najis tidak terkeluar sedikit) bila kita berada dalam keadaan tegak (sperti berdiri tegak atau duduk tegak). Pegangan otot ini akan terlonggar bila badan membongkok seperti dalam posisi mencangkung – maknanya jika kita hendak melepaskan najis, posisi yang terbaik adalah mencangkung.

Oleh kerana kebanyakkan tandas moden adalah tandas duduk, saintis mencadangkan kita duduk dalam posisi dimana badan membongkok seperti bila mencangkung. Dalam posisi ini, keperluan untuk meneran dikurangkan dan akan membawa kepada pengosongan najis dari usus dengan lebih baik.



Wednesday, February 15, 2017

Saya kebuluran ke?

Secara umum, makanan yang kita makan akan diproses oleh pelbagai enzim yang memecahkan makanan ini kepada bentuk yang boleh diserap oleh tubuh. Berapa lama agaknya masa yang diambil untuk seluruh proses ini berlaku and hasilnya dihantar keseluruh bahagian badan. Jom kita lihat apa yang berlaku kepada nutrien yang membekalkan tenaga badan iaitu glukosa. Memahami perjalanan glukosa adalah penting untuk kita mengetahui tentang bekalan keperluan tenaga badan. Ini boleh membantu kita merancang jadual makan dengan baik. Perjalanan glukosa terbahagi kepada dua: fasa penyerapan dan fasa pasca-penyerapan.

Fasa penyerapan berlaku sebaik selepas kita makan dan boleh mengambil masa 2-4 jam. Semasa fasa ini, paras glukosa darah meningkat hasil daripada kemasukan glukosa yang dibebaskan daripada proses pencernaan makanan. Juga, semasa fasa ini, glukosa yang berlebihan disimpan sebagai glikogen dalam semua tisu dan organ dalam tubuh kecuali otak. Walaubagaimanapun, tisu yang menyimpan paling banyak glikogen adalah hati dan otot.

Memasuki 2-4 jam selepas makan, tubuh kita memasuki apa yang dipanggi fasa pasca-penyerapan. Semasa fasa ini, hati mula memecahkan tabung glikogen untuk memastikan paras gula dalam darah stabil. Ingat, tubuh kita berterusan menggunakan glukosa untuk membekalkan tenaga yang diperlukan untuk proses hidup; maka paras gula darah akan menurun dan menjadi fungsi hati untuk memastikan paras gula darah tidak jatuh dibawah paras fisiologi yang ditetapkan (homeostasis gula). Pada masa fasa ini juga, badan akan mula membakar lemak untuk dijadikan sumber tenaga. Semakin lama fasa ini berjalan, semakin banyak lemak dibakar bagi menampung simpanan glikogen yang makin berkurangan (Ingat: simpanan glikogen adalah terhad tetapi tidak simpanan lemak).


Maka anda boleh lihat nampak disini bahawa tempoh masa 2-4 jam diperlukan untuk badan memasuki pasca-penyerapan sebelum simpanan gula mula digunakan. Jadi, jika anda makan semula dalam tempoh 2-4 jam ini, badan anda memasuki semula fasa penyerapan hasil makanan yang dicerna.  Jika anda masih tidak makan selama 10-12 jam selepas makan tadi, tubuh memasuki fasa basal (iaitu fasa bagi proses metabolisma asas badan). Tubuh hanya memasuki fasa kebuluran selepas 3-5 hari tidak makan. Jadi, untuk mereka yang berpuasa disiang hari, tidak ada sebab untuk makan berlebihan bila tiba waktu berbuka puasa.  

Tuesday, February 14, 2017

Tidur dan Makan

Bila kita makan dalam sehari (atau malam) mempunyai kesan jangka-panjang terhadap pengawalan berat badan kita. Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang sukan makan pada waktu malam berisiko untuk gemuk. Ia menunjukkan bahawa mereka yang makan dalam tempoh empat jam sebelum tidur boleh mengalami penambahan berat badan.

Disamping itu, bila sekumpulan individu menjalani diet, individu yang makan tengahari lebih lewat mengalami penurunan berat badan yang lebih rendah berbanding individu yang makan tengahhari lebih awal. Disamping itu, makan lebih banyak kalori pada waktu sarapan berbanding waktu makan tengahari boleh membantu seorang individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan menghilangkan lebih banyak berat badan berbanding dengan individu yang makan lebih banyak kalori pada waktu makan tengahari berbanding sarapan. Bukan sahaja itu, individu yang sama (yang makan lebih banyak kalori pada waktu sarapan) juga menunjukkan sensitiviti yang lebih tinggi terhadap insulin dan paras lemak (TAG) dalam darah juga lebih rendah.


Secara ringkas, makan lebih kalori waktu sarapan, kurang waktu makan tengahhari dan malam. Juga, makan pada waktu yang lebihkurang sama. Untuk makan malam, jangan makan dalam tempoh empat jam sebelum tidur (contoh, jika anda merancang untuk tidur pada pukul 10 malam, makan sebelum pukul 6 petang). 

Monday, February 13, 2017

Tidur

Selalu diabaikan, tidur memainkan peranan yang sangat penting dalam kesihatan kita. Tidur yang cukup boleh membantu melindungi keishatan mental dan fizikal anda, serta keselamatan dan kualiti hidup anda. Apa yang anda rasa pada keesokan harinya, sedar tak sedar, bergantung kepada apa yang belaku semasa anda tidur. Hormon yang dihasilkan oleh otak untuk memberi isyarat tidur dinamakan melatonin (jangan dikelirukan dengan melanin, pigmen yang memberi warna kulit).

Semasa anda tidur, sel-sel dalam tubuh anda berkerja untuk menambahbaik dan membaiki sistem yang menyokong fungsi otak dan kesihatan fisikal anda. Pada individu yang sedang membesar, seperti kanak-kanak dan remaja, masa tidur juga membantu dalam menyediakan sokongan dan bahan untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh.

Tidur membantu menyediakan otak anda untuk berkerja dengan lebih baik. Ia menyediakan otak untuk berkerja pada keesokan harinya dimana waktu inilah sel-sel otak membina jalinan baru untuk menyimpan maklumat yang kita perolehi pada siang hari. Kajian telah menunjukkan bahawa kurang tidur boleh memnganggu kebolehan untuk membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan juga kebolehan seseorang untuk mengawal emosi dan perlakuan.

Waktu tidur juga diguna oleh badan untuk membaiki dan menyembuh tisu dalam tubuh. Sebagai contoh, waktu tidur juga membantu membaiki saluran darah termasuk saluran darah pada jantung. Kekurangan tidur yang berlanjutan pada setiap malam telah dikaitkan dengan peningkatan risiko sakit jantung, buah pinggang, tekanan darah tinggi, strok, dan diabetes. Tidur mempengaruhi reaksi tubuh anda pada insulin (hormon yang mengurangkan paras gula dalam darah). Tidur yang kurang boleh menyebabkan paras gula dalam darah lebih tinggi dan ini boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidapi diabetes.


Kekurangan tidur juka dikaitkan dengan risiko gemuk. Ini kerana tidur membantu tubuh mengimbangi jumlah hormon yang menyebabkan anda rasa lapar (hormon ghrelin) dan kenyang (hormon leptin). Bila tidur tidak cukup, paras ghrelin meningkat dan leptin turun. Ini menyebabkan anda rasa lapar. Cuba anda fikir, gemuk adalah salah satu risiko utama untuk seseorang menghidapi diabetes. Dan dengan diabetes, risiko anda untuk mengalami kegagalan buah pinggang, sakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi juga meningkat. Ini adalah risiko yang sama dibawa akibat kurang tidur. Jadi, pastikan anda cukup tidur.

Sunday, February 12, 2017

Jam Dalaman yang Mengawal Tubuh

Anda tidur pada waktu malam dan bangun pada waktu pagi. Ini bukan kebetulan tetapi dikawal oleh “jam dalaman” yang mengawal tubuh kita. Jam dalaman ini wujud dalam semua organisma hidup. Sementara ianya telah diprogram pada awal lagi dalam tubuh kita, program ini boleh berubah mengikut apa yang kita biasakan pada tubuh kita.
Jam dalaman yang mempengaruhi waktu tidur kita dipanngil ritma sirkadian (circadian rhthym). Sementara ritma ini dihasilkan oleh faktor semulajadi dalam tubuh kita, ianya juga boleh dipengaruhi oleh isyarat daripada persekitaran kita. Sebagai contoh, jika kita biasa tidur pada pukul 10 dan bangun pada pukul 5, kita akan mula rasa ngantuk bila mendekati pukul 10 dan akan bangun dengan sendiri pada pukul 5.
Sistem yang mengawal jam ini dihasilkan oleh interaksi antara pelbagai sel dalam tubuh. Cahaya adalah isyarat utama dalam mempengaruhi ritma sirkadian. Isyarat cahaya, antara lain, boleh merangsang atau menghalang penghasilan produk gen yang diperlukan untuk tidur.Gangguan pada ritma ini telah dikaitkan dengan masalah tidur seperti insomnia. Ia juga telah dikaitkan dengan masalah seperti kegemukan, diabetes, dan kemurungan. 

Saturday, February 11, 2017

Hormon dan Enzim

Kita biasa mendengar perkataan hormon dan enzim, yang merupakan suatu bentuk bahan kimia yang dikeluarkan oleh sel atau organ tertentu dalam badan. Kedua-dua bahan ini boleh mempengaruhi perjalanan aktiviti kimia (lebih tepat dinamakan aktivit biokimia) yang berlaku dalam badan. Sementara hormon biasanya bertindakan utnuk samada merencat atau merangsang sesuatu aktivti, enzim biasanya terlibat terus dalm aktivit yang dijaga.

Hormon lebih bertindak sebagai pengutus yang dikeluarkan oleh sesuatu sel untuk meghantar maklumat tertentu kepaad sel khusus lain. Enzim poula lebih kepada pekerja yang terlibat terus dalam sesuatu tindakbalas kimia, dimana tanpa enzim berkenaan, aktivit kimia tersebut tidak boleh dijalankan.

Contoh yang boleh kita lihat adalah dalam aktivit yang berlaku bila terdapat gula yang berlebihan dalam darah. Berlebihan gula dalam darah akan menyebabkan sel beta dalam pankreas mengeluarkan hormon insulin. Hormon insulin seterusnya akan dibawa (melalui aliran darah) ke sel otot dan lemak dimana insulin akan mengarahkan sel berkenaan untuk membawa memasukkan glukosa ke dalam sel.


Seterusnya, didalam sel otot contohnya, glukosa akan disimpan dalam bentuk glikogen (simpanan glukosa dalam bentuk cabang-cabang pendek rantai glukosa). Pembentukan cabangan glukosa ini berlaku dengan kehadiran beberapa jenis enzim yang akan mengubah dan mengikat glukosa-glukosa berkenaan.  

Friday, February 10, 2017

Mutasi Gen dan Penyakit

Mutasi gen berlaku bila turutan DNA berubah. Ini  boleh berlaku bila perubahan berlaku pada turutan nukleotida atau sebahagian turutan nukelotida hilang. Peribahan pada turutan nukelotida boleh berlaku bila satu atau lebih nukelotida hilang daripada atau ditambah kepada turutan nukelotida dalam DNA. Perubahan ini boleh menyebabkan penghasilan produk sel yang tidak berfungsi dan akhirnya memberi kesan kepada proses kimia dalam badan yang memerlukan produk berkenaan. Ini boleh mengakibatkan apa yang kita panggil penyakit genetic.


Contoh penyakit adalah diabetes tahap 1. Mutasi yang berlaku adalah mutasi pada gen yang membawa kod untuk menghasilkan insulin. Tanpa insulin yang berfungsi, tubuh tidak dapat mengambil gula dari darah dan menyimpannya dalam otot dan lemak. Akibatnya, gula dalam darah terus tinggi. Individu dengan penyakit ini perlu mengmbail suntikan harian insulin. 

Mutasi gen boleh mengakibatkan kanser. Ingat, sel kanser adalah sel yang tidak mati dimana ianya berterusan membahagi dan tidak mati sperti sel normal yang lain. Bila sel membahagi, produk gen yang spesifik diperlukan untuk memberhentikan pembahagian sel dan satu lagi untuk membunuh sel. Bila mutasi berlaku pada gen-gen yang berkenaan, produk gen yang terhasil tidak berfungsi dan sel akan terus membahagi dan tidak mati. INi membawa kepada pembentukan gumpalan sel (iaitu tumor) yang boleh menjadi kanser. 


Thursday, February 9, 2017

Gen

Saya ada menyatakan bahawa DNA adalah salinan arahan yang mnggunakan nukleotida (iaitu adenina, guanina, sitosina, tiamina) sebagai huruf. Arahan ini yang merupakan suatu rantai panjang nukleotida, disimpan dalam gelungan rapi membentuk suatu struktur padat yang dinamakan kromosom.


Rantai DNA dibahagi kepada banyak bahagian yang kita panggil gen. Setiap bahagian ini membawa satu arahan lengkap untuk sel menghasilkan sesuatu produk. Setiap bahagian ini mempunyai susunan khusus nukelotida yang memberi tanda bila bacaan bermula dan bila bacaan berhenti. 

Wednesday, February 8, 2017

Kromosom

Kromosom bolehlah dikatakan suatu bungkusan rapat DNA (juzuk kimia yang membawa maklumat untuk pembentukan organisma hidup). Struktur ini disimpan didalam nukleus sel. Manusia mempunyai 23 pasangan kromosom (maka ada 46 kromosom tunggal). Spesies haiwan yang berbeza mempunyai jumlah DNA yang berbeza: sebagai contoh, kucing ada 38 pasangan kromosom, anjing ada 78 dan monyet ada 24.

Bagaimanakah pasangan kromosom ini terbentuk? Tidak seperti sel-sel lain dalam badan yang mempunyai 23 pasangan kromosom, sel pembiakan (sperma dalam lelaki dan ovum dalam wanita) mempunyai 23 kromosom tunggal (tidak berpasangan). Gabungan antara sperma dan ovum akan menghasilkan sel yang mempunyai 23 kromosom yang berpasangan. Sel inilah yang akan membahagi dan berkembang menjadi janin yang akan membentuk individu yang lengkap.

Jadi melalui pembentukan pasangan kromosom ini, maklumat daripada kedua-dua ibubapa boleh diturunkan kepada anak. Oleh kerana hanya separuh daripada kromosom daripada ibu dan separuh daripada bapa, tidak semua maklumat diwariskan kepada anak. Jadi anak akan mengambil sebahagian sifat bapa dan sebahagian sifat ibu. Dan oleh kerana pembahagian kromosom ini adalah satu proses yang berlaku secara rambang, sel-sel pembiakan yang terbentuk tidak semetinya membawa maklumat yang sama. Sebab itu, anak-anak tidak semestinya mempunyai sifat yang sama. Sementara berjuta-juta sperma boleh dihasilkan dalam sehari, ovum hanya dihasilkan satu sebulan.




Tuesday, February 7, 2017

DNA: Penyimpan Maklumat Tubuh

DNA (asid deoksiribonukleik) adalah bahan yang membawa maklumat keturunan untuk tubuh kita. Ini termasuk maklumat yang menentukan warna mata kita, bentuk telinga kita dan bermacam lagi. Ianya juga membawa maklumat yng diperlukan untuk sel membina bahan kimia seperti enzim dan hormone yang diperlukan oleh badan.  

Bagaimanakah sel membawa maklumat ini? Ianya dibawa dalam bentuk bertulis dimana nota ini samalah seperti satu rantaian “huruf” yang sangat panjang. Sementara nota yang kita baca ditulis dalam huruf ABC… yang mempunyai 26 huruf berlainan kesemuanya, sel hanya perlu empat “huruf” untuk merekod dan menyimpan semua maklumat yang diperlukan. Setiap “huruf” ini adalah dalam bentuk sejenis bahan kimia yang dinamakan nukleotida. Terdapat empat jenis nukleotida (kita namakan mereka adenina, tiamina, sitosina, dan guanine atau A, T, C, dan G).

Sama seperti perkataan yang terbentuk daripada susunan huruf yang dibuat, arahan yang direkod oleh DNA adalah berasaskan kepada susunan nukelotida ini tadi. Dalam kes ini, nukleotida ini disusun untuk membentuk rantai nukleotida yang panjang. Disamping itu, DNA wujud sebagai rantai yang berpasangan. Ini dicapai melalui ikatan antara gunanina dan sitosina, dan adenina dan tiamina.

DNA dikatakan mempunyai panjang lebihkurang 2m  (lebih kurang sama panjang tiga papan karom yang disusun dalam satu baris memanjang). Jadi, bagaimana agaknya sel, yang hanya boleh kelihatan dibawah mikroskop, menyimpan rantai yang sangat panjang? DNA disimpan dalam bentuk gelung yang sangat ketat dan digulung berulang-kali mengelilingi struktur protein yang dinamakan histon supaya ianya boleh disimpan dalam nukleus. Sebab itu DNA dipanggil struktur gelung super. Lihat gambaran dibawah. Bentuk struktur terakhir dinamakan kromosom. Ada 46 kromosom dalam nueelus sel.manusia. Kromosom wujud berpasangan, maka kita kata ada 23 pasangan kromosom.
  

Monday, February 6, 2017

Apakah itu Sel?

Sel adalah bahan yang digunakan untuk membina semua benda hidup (sama seperti batu-bata yang diguna untuk membina bangunan konkrit). Tubuh manusia mengandungi bukan berbilion, tetapi trillion (1 trilion adalah seribu billion) bilangan sel. Dibawah adalah sebahagian sel yang dilihat dibawah mikroskop (sel adalah tidak berwarna dan warna yang anda lihat adalah pewarna yang telah dititiskan atas sel untuk membolehkan anda melihat bentuk sel dengan lebih jelas).


Sementara sel yang dilihat mempunyai bentuk yang berbeza, mereka semua mempunyai ciri-ciri asas yang sama (seperti yang digambarkan dibawah). 

Sel manusia (sama seperti sel haiwan yang lain) mempunyai bahagian utama berikut:
Sitoplasma
Sitoplasma adalah bahan cecair seperti jeli (dipanggil sitosol). Ianya mengandungi pelbagai struktur dan bahan kimia yang menyokong kemandirian dan pelbagai aktiviti sel.
Nukleus 
Nukleus bertindak sebagai pusat arahan yang menghantar arahan untuk pertumbuhan dan kematian sel. Ianya juga menyimpan maklumat keturunan sel (dalam bentuk DNA). Nukleus diasingkan daripada sitoplasma oleh lapisan yang dipanggil lapisan nuklear.
Membran sel 
Membran sel yang lebih dikenali sebagai membran plasma adalah lapisan luar sel yang membentuk “kulit” kepada sel berkenaan. Ianya dibina oleh komponen protein, lemak dan karbohidrat.

Sel manusia berbeza daripada sel tumbuhan dalam dua ciri utama. Sel manusia mempunyai struktur yang dinamakan mitokondria dalam sitoplasmanya untuk memproses pengeluaran tenaga dalam kehadiran oksigen; sementara sel tumbuhan mempunyai klorofil yang memproses pengeluaran makanannya daripada cahaya matahari yang diserap. Sel tumbuhan juga mempunyai lapisan tambahan yang dipanggil dinding sel (yang lebih keras) untuk melitupi membran sel berkenaan.

Terdapat satu pengecualian dalam sel manusia dimana sel darah merah tidak mempunyai nukleus, dan oleh sebab itu ianya kelihatan melengkung ditengah (seperti yang digambarkan dibawah). 




Sunday, February 5, 2017

Sel Kanser: Pemberontakan tanpa Sebab

Dalam blog saya sebelum ini, saya ada mengatakan bahawa tubuh kita ini samalah seperti satu komuniti yang disusun rapi dengan setiap kumpulan individu memainkan peranan yang khusus. Saya ingin menambah bahawa peranan setiap kumpulan individu ini menyumbang kepada kesejahteraan seluruh komuniti. Contohnya: Sel darah merah berperanan mengangkut oksigen ke seluruh sel dalam badan (oksigen diperlukan dalam penghasilan tenaga daripada glukosa), sel otak menyimpan maklumat dan menggunakan maklumat ini untuk mengawal fungsi seluruh badan, dan sel pada kulit membentuk pertahanan awal dalam menghalang perncerobohan oleh bahan asing (contoh bakteria).

Setiap sel ini, akan sentiasa membahagi (sel membiak dengan membahagi) untuk membentuk sel baru. Maka sel baru lahir dan sel yang lama (yang tidak lagi boleh membahagi) mati dan dihapuskan. Ini berlaku dalam suatu tempoh yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, lihat kulit anda. Bila setiap sel membahagi dalam tempoh yang sama, permukaan kulit kekal rata kerana tiada sel yang membahagi lebih cepat atau perlahan berbanding dengan yang lain. Seperti sebuah perbarisan dimana bila setiap individu dalam perbarisan bergerak pada langkah atau fasa yang sama, maka barisan akan kekal sebaris bergerak ke hadapan.

Bayangkan kalau ada satu individu sel yang enggan membahagi pada fasa yang sama seperti yang lain. Dia membahagi lebih cepat berbanding yang lain. Bukan sahaja itu, ianya berjaya menjumpai cara untuk mengelak dari mati. Jadi apa yang akan berlaku adalah adalah pembentukan gumpalan sel daripada satu sel ini tadi. Ini berlaku kerana pembahagian sel yang pantas dan tanpa melibatkan kematian sel, akhirnya menyebabkan ruang yang disediakan untuk individu satu sel ini tidak mampu menampung jumlah sel yang banyak hingga terbentuk gumpalan tadi.  Gumpalan ini kita namakan tumor.

Jika sel dalam tumor ini hanya membahagi dan tidak berpindah ke kedudukan lain dalam badan atau tidak menjajah tisu bersebelahan, tumor ini dinamakan tumor benign. Jika sel dalam tumor berkenaan mampu mengasingkan diri dari tumor tersebut, dimana ianya bioleh memasuki saluran limfa dan bergerak ke tisu lain dalam organ lain dan memulakan koloni baru, maka tumor ini kita katakan tumor malignant atau tumor kanser dan sel didalamnya kita panggil sel kanser.

Inilah salah satu sebab mengapa amat sukar untuk memerangi kanser. Bila dilihat struktur dan sifat, tidak ada bezanya antara sel normal dan sel kanser kecuali yang satu lagi mampu membahagi yakni bertambah dengan pantas. Sebab itu ubat yang diguna untuk membunuh sel kanser akan juga membunuh sel yang normal dan sebab itu kita lihat berlaku keguguran rambut semasa kemoterapi  (kemoterapi samalah maksudnya dengan terapi berasaskan ubat kimia). 

Saturday, February 4, 2017

Sel stem

Seperti yang didedahkan dalam blog sebelum ini, sel stem adalah sel yang boleh mengubah dirinya kepada pelbagai jenis sel dalam badan semasa pembentukan embrio atau janin. Stem ini dinamakan sel stem embrionik.

Bila sel stem membahagi, setiap sel baru yang terbentuk mempunyai potensi untuk mengekalkan sifat sel stem tersebut atau mengkhusus kepada bentuk sel dengan fungsi yang khusus seperti sel hati, otak, atau otot. Sel yang mengekalkan sifat sel stem dalam organ yang terbentuk kita namakan sel stem dewasa. Sementara sel ini mengekalkan kebolehan untuk membentuk sel terkhusus, ia hanya boleh membentuk sel yang dikhususkan untuk organ yang diduduki.


Maka beza antara sel stem dewasa dan sel stem embrionik adalah sementara sel stem embrionik boleh membahagi kepada kepada sebarang jenis sel untuk sebarang jenis organ, sel stem dewasa hanya boleh membahagi kepada sel yang khusus. Seperti yang dibayangkan oleh namanya, sel embrionik hanya boleh diperolehi daripada embrio dan oleh kerana itu, kegunaan sel ini dalam perubatan kekal menjadi satu isu etika baik dari sudut agama atau perubatan. Bagi sel stem dewasa, ianya boleh diperolehi daripada uri, darah tali pusat, dan sum-sum tulang. Sumber ini biasa digunakan dalam perubatan namun kegunaannya adalah terhad. 

Thursday, February 2, 2017

Komuniti Sel dalam Tubuh Anda

Kalau diperincikan secara umum, tubuh kita umpama suatu komuniti yang teratur dengan setiap kelompok individu diberikan tugas yang tersendiri. Dalam komuniti tubuh kita, sel membentuk individu berkenaan. Contoh individu khusus ini adalah kelompok sel yang membentuk organ otak, jantung, hati dan kulit.

Setiap sel, walaupun mempunyai bentuk asas yang sama, memiliki sifat-sifat tersendiri sesuai dengan tugas yang digarap. Transformasi sel ini berlaku semasa janin terbentuk. Kita sedia maklum bahawa semua sel ini bermula daripada satu sel sahaja (terbentuk daripda gabungan dua sel pembiakan iaitu satu daripada lelaki dan satu daripda wanita). Semasa pembentukan janin tadi, organisma satu sel tadi akan membahagi dan terus membahagi sehingga sampai ke suatu tahap dimana ianya akan mula membentuk organ-organ berkenaan yang perlu untuk membentuk individu yang cukup sifat. Dalam kes ini, sel-sel yang membentuk segumpal janin ini akan mula menjalani transformasi dan kepada sel-sel khusus mengikut tugas yang akan digarap. Maka terbentuklah sel otak, jantung, hati dan sebagainya.


Sel yang mampu menjalani transformasi ini kita namakan sel stem (dimana stem itu sendiri adalah perkataan Inggeris yang bermaksud asal atau tunas).  

Wednesday, February 1, 2017

Rasa Manis Gula

Sebenanya, berapa banyak gula yang kita perlukan untuk mendapatklan rasa manis yang mencukupi (bagi lidah kita) bergantung kepada apa yang kita sudah biasakan untuk deria manis pada lidah. Maksudnya, jika kita sudah biasa memasukkan 2 sudu teh gula kedalam secawan kopi, maka deria rasa pada lidah kita akan mengesan rasa manis yang dirasakan mencukupi pada jumlah tersebut.

Ini adalah hasil daripada fungsi adaptasi tubuh kita. Adaptasi berlaku sebagai usaha untuk badan kita menyesuaikan diri dengan sesuatu yang baru, yang akhirnya akan menjadi suatu kebiasaan bila tubuh kita didedahkan pada keadaan yang sama untuk suatu tempoh tertentu.


Justeru itu, untuk kita membawa lidah kita untuk mengesan rasa manis pada tahap yang lebih rendah, kita kena membiasakan lidah kita dengan paras tersebut untuk suatu tempoh sehingga lidah kita menjadi biasa. Ini boleh mengambil masa 3-6 minggu. Anda akan mengalami tempoh yang amat sukar dalam minggu pertama dan kedua, dimana badan akan cuba melawan keadaan baru yang anda perkenalkan. Teruskan usaha anda, dan saya berani jamin selepas, paling lama enam minggu, dua sudu teh gula dalam secawan kopi akan menjadi terlalu manis untuk anda. 

Tuesday, January 31, 2017

Homeostasis Glukosa

Glukosa adalah sumber utama tenaga tubuh. Tubuh kita mengekalkan paras glukosa yang tertentu dalam darah dan paras glukosa dalam darah dikawalatur oleh dua hormon iaitu insulin dan glukagon yang dihasilkan oleh sekumpulan sel dalam pankreas (sel beta dan sel alfa). Sel beta menghasilkan insulin dan sel alfa menghasilkan glukagon. Insulin menggalakkan pengangkutan glukosa dari dalam darah ke dalam sel otot and sel lemak, dan tindakan ini mengurangkan glukosa dalam darah. Sementara itu, glukagon menggalakkan pemecahan simpanan glukosa dalam hati supaya glukosa boleh dibebaskan ke dalam aliran darah.

Bila paras glukosa tinggi (melebihi paras normal), sel beta menyahut dengan merembeskan insulin ke dalam aliran darah dan pada masa yang sama merencat sel alfa daripada merembeskan glukagon. Rangsangan insulin pada reseptor insulin didinding sel lemak dan otot akan menyebabkan saluran glukosa dibuka pada dinding sel berkenaan dan membolehkan glukosa dari dalam darah masuk kedalam sel otot atau ,lemak. Seterusnya, glukosa dalam sel lemak akan ditukar kepada gliserol yang membentuk komponen lemak trigliserol dan glukosa dlam sel otot akan disimpan dalam bentuk glikogen atau dibiar bebas untuk kegunaan terus otot. Bila paras glukosa dalam darah sudah kembali ke paras normal, oengeluaran insulin akan berhenti.


BIla paras glukosa rendah, sel alfa akan merembeskan glukagon ke dalam darah dimana glukagon akan merangsang pemecahan simpanan glukosa iaitu glikogen dalam hati. Ini akan membolehkan lebih banyak glukosa dibebaskan kedalam aliran darah. Simpanan glukosa dalam otot tidak terlibat dalam keadaan ini kerana simpanan gluksoa dalam otot hanya untuk kegunaan otot sahaja walaupun otot bebas mengambil glukosa daripada dalam darah utnuk kegunaannya. 

Monday, January 30, 2017

Homeostasis: Keasidan dan Kealkalian Darah

Paras keasidan dan kealkalian diukur dalam pH. pH yang neutral adalah 7, lebih dari 7 adalah alkali dan kurang dari 7 adalah asid. Semakin dekat dengan pH7, semakin berasid sesuatu larutan dan semakin jauh dari pH 7, semakin beralkali. Oleh itu, pH1 adalah jauh lebih berasid dari pH6 dan pH14 jauh lebih beralkali daripada pH8. Asid yang biasa ada dalam badan adalah asid hidroklorik (dalam perut) dan asid karbonik (dalam darah). Alkali yang biasa adalah ion bikarbonat yang dijumpai dalam darah.
Mengapa penting untuk mengawalatur pH darah? Mudah. Dalam paras pH yang terlalu rendah, struktur protein akan termusnah (pernahkah anda lihat dalam TV atau suratkhabar apa yang berlaku kepada kulit yang disimbah asid?). Pengecualian berlaku dalam perut. pH dalam perut adalah 2 dan enzim yang berkerja dalam perut dibuat untuk menahan kesan pH yang rendah ini. Ph yang rendah dalam perut membantu memusnahkan makanan yang ditelan menjadi bentuk yang lebih ringkas/mudah untuk dikerjakan oleh enzim (pada masa yang sama juga membunuh kuman atau organisma asing yang boleh membawa penyakit). Asid ini dihasilkan oleh sel yang membentuk dinding perut.
Darah mempounyai pH yang hampir neutral iaitu 7.35. pH darah kita dikawalatur dengan mengawal nisbah antara karbonik asid dan ion bikarbonat dalam darah dan ini dilakukan sepanjang masa.
Pelarasan pH darah (iaitu nisbah antara karbonik asid dan ion bikarbonat) boleh dilakukan dengan cepat melalui pernafasan. Bila pH jatuh dibawah paras 7.35, nafas menjadi lebih laju dan dalam, dan bila pH naik melebihi 7.35, nafas menjadi lebih perlahan dan cetek. Perubahan dalam corak pernafasan ini mempengaruhi berapa cepat gas karbon dioksida dikeluarkan dari badan kerana jumlah gas karbon dioksida yang larut dalam darah mempengaruhi nisbah antara karbonik asid dan ion bikarbonat dalam darah (gas karbon dioksida dihasilkan ketika proses penghasilan tenaga daripada glukosa). Palarasan melalui pernafasan ini berlaku untuh tempoh yang singkat kerana sudah tentu kita perlu kembali kepada rentak pernafasan yang normal dengan secepat mungkin supaya kita boleh kembali ke pengaliran darah dan rentak jantung yang normal.
Pelarasan yang lebih perlahan tetapi bertindak untuk jangka masa yang lebih lama adalah pengawalaturan oleh buah pinggang (ginjal). Buah pinggang bertindak dengan meyerap masuk atau keluar ion hidrogen (H+) daripada aliran darah. Perhatikan bahawa formula untuk asid karbonik adalah H2CO3, dan ion bikarbonat adalah HCO3- (ia menunjukkan bahawa ion bikarbonat mempounyai kurang 1 hidrogen daripada asid karbinik). Jadi, bila pH darah jatuh (menjadi lebih berasid), buah pinggang akan  menyerap keluar ion hidrogen dari dalam darah (maka kurang asid karbonik dibentuk) dan mengeluarkkannya melalui air kencing. Pada masa yang sama, buah pinggang akan menyerap masuk lebih banyak ion bikarbonat ke dalam darah dan ini menyebabkan lebih banyak ion bikarbonat dalam darah dan seterusnya pH darah meningkat menjadi lebih beralkali. Proses bertentangan berlaku bila pH darah meningkat (menjadi lebih beralkali).


Perhatian: Dalam formula kimia, H=hidrogen, C=karbon, dan O=oksigen.

Sunday, January 29, 2017

Homeostasis: Air Dalam Badan

Jumlah air dalam badan disukat oleh pengesan pada atria jantung dan juga oleh otak (hipotalamus) melalui pengesanan kepekatan darah. Dalam keadaan normal, air hilang melalui peluh, kencing dan najis. Kehilangan ini boleh dipercepatkna oleh muntah-muntah, cirit-birit dan juga semasa bersenam (melalui peluh). Sebab itu, ianya penting untuk mengganti air yang hilang dalam keadaan ini untuk mengelakkan dehidrasi yang melampau.
Bila hipotalamus mengesan keadaan luar yang lebih pekat (hyperosmolar) daripada yang sepatutnya, ianya menyebabkan pengeluaran hormon yang dinamakan ADH. ADH bergerak melalui darah ke buah pinggang dimana di sini ianya menyebabkan buah pinggang menyerap semula air yang sepatutnya membentuk air kencing. Oleh itu, air dihalang daripda hilang melalui kencing. Pada masa yang sama, hipotalamus merangsang pusat haus dalam otak untuk menyebabkan anda berasa haus.

Bila konsentrasi darah rendah, paras ADH dalam plasma juga rendah. Maka dalam kes ini, buah pinggang tidak akan menyerap semula air, dan air berkenaan akan dibuang melalui air kencing. 

Friday, January 27, 2017

Homeostasis

Tubuh kita direka untuk melawan perubahan. Mungkin itu juga sebab kenapa sukar untuk kita menerima sesuatu perubahan di dalam sekitaran kita. Tetapi sementara kesukaran yang kita rasai bila berada dalam suasana atau keadaan yang baru adalah bersifat sementara dan akan hilang bila tubuh kita menerima keadaan baru itu sebagai suatu kebiasaan bagi tubuh kita, sistem dalaman tubuh kita hanya berfungsi pada suatu julat yang sangat terhad. Di luar julat yang ditetapkan, fungsi dalam tubuh akan terganggu dan boleh membawa kemudaratan kepada tubuh.

Persekitaran dalaman kita berfungsi pada keadaan yang hampir sama. Justeru itu, tubuh kita sentiasa memantau persekitaran dalamannya untuk memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan yang sama. Pemantauan ini dinamakan homeostasis dimana perkataan homeostasis sebenarnya adalah perkataan Latin yang bermaksud “suka keadaan tetap”. Bila berlaku sesuatu yang mengubah keadaan dalaman tubuh, aktivit homeostais yang berkenaan akan digerakkan untuk bertindakbalas terhadap keadaan tersebut dan membawa dalaman tubuh kepada keadaan yang diperlukan oleh tubuh yang sihat. Keadaan bagi tubuh yang sihat ini kita namakan keadaan fisiologi (sementara keadaan yang membawa kepada tubuh yang tidak sihat kita namakan keadaan patologi).

Oleh itu, tidak kira bagaimana keadaan sekitaran luar berubah dalam sesuatu hari, apa yang anda makan, atau dimana anda berada, persekitaran dalam tubuh anda senantiasa sama. Kawalan hemostasis wujud untuk antara lain suhu dalaman tubuh, jumlah darah, keasidan dan kealkalian darah, dan paras glukosa darah. Pemantauan ini sebahagian besarnya dilakukan oleh otak. Aktiviti pemantauan ini dan aktiviti dalaman yang menyokong tindakbalas homeostasis memerlukan tenaga dan keperluan tenaga ini disokong oleh glukosa (maka sebab itu juga, paras glukosa dalam darah dikawal supaya berada pada paras tertentu untuk memastikan aktivit dalaman tubuh berada pada tahap optimum).


Kenapa perlu untuk tubuh meletakkan beberapa parameter tubuh seperti suhu dan pH (ukuran keasdian dan kelkalian) pada julat yang spesifik? Pelbagai aktivit kimia dalm tubuh hanya boleh berlaku pada keadaan tertentu. Contohnya pencernaan makanan. Pencernaan makanan dalam perut hanya boleh berlaku pada pH2 kerana enzim yang bertindak dalam perut hany berfungsi dalam pH yang rendah. 

Thursday, January 26, 2017

Kamu, Aku dan Cacing dalam Tanah

Unsur asas dalam pembinaan tubuh kita adalah tiga unsur yang menjadi bahan binaan seluruh komponen dalam sel dan justeru itu, tubuh kita pada keseluruhannya. Tiga unsur ini adalah okcigen, hidrogen, dan karbon. Satu unsur tambahan wujud untuk protein iaitu nitrogen. Sebab itu protein dikatakan bahan bernitrogen.

Menakjubkan bukan? Kita, makhluk yang kompleks ini, dibina dengan bahan yang sungguh ringkas. Tiada bezanya bahan binaan tubuh kita dengan cacing yang tampak menjijikkan di dalam tanah atau rumput yang kita pijak (atau pokok yang tumbuh melangit). Kita, pada asasnya, dibina dari bahan yang sama dengan udara yang kita hirup dan air yang kita minum.


 Sementara tubuh kita tidak mempunyai kebolehan utnuk membina atau mambaiki diri menggunakan unsur asas yang ada dalam udara dan air, kita boleh mendapatkan bahan-bahan asas pembinaan kita dengan memakan dan mencerna makanan yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak. Kebolehan tersebut diberi pada tumbuhan. Sementara kita kena bergerak ke sana-sini untuk mencari makanan, tumbuhan tidak perlu melakukan itu semua. Mereka hanya perlu mennyerap cahaya matahari dan menghirup karbon dioksida dari udara untuk membina bahan-bahan yang diperlukan untuk tumbesaran mereka. 

Wednesday, January 25, 2017

Hubungan antara Karbohidrat dan Lemak

Kita biasa dengar bagaimana nasi atau diet yang tinggi karbohidrat boleh menyebabkan gemuk. Bagaimanakah ini boleh berlaku? Dalam tajuk “Asas makanan utama” saya ada mengatakan bahawa glukosa yang terhasil daripda pencernaan karbohidrat adalah sumber utama tenaga badan. Walaupun badan boleh menggunakan sumber lain untuk meghasilkan tenaga, keutamaan diberikan kepada glukosa.

Dalam keadaan di mana glukosa yang terhasil adalah berlebihan, ianya akan disimpan dalam bentuk cabangan rantaian glukosa yang dinamakan glikogen. Bolehlah kita katakan bahawa glikogen adalah simpanan tenaga untuk badan. Walaubagaimanapun, badan hanya boleh menyimpan glikogen dalam jumlah yang terhad, dimana ianya disimpan kebanyakannya dalam hati dan otot, dan sebahagian kecil dalam organ-organ lain kecuali otak (sebab itu otak perlu sentiasa mendapatkan bekalan glukosa dari darah dan sebab inilah anda mudah terasa pening atau pitam bila paras gula dalam darah rendah).

Pada masa yang sama, lemak juga adalah bentuk simpanan tenaga badan. Lemak ini disimpan dalam gumpalan tri-asilgliserol dalam sel lemak (dinamakan adiposit). Tri-asilgliserol berada dalam bentuk dimana molekul asid lemak diikat kepada molekul gliserol. Dalam kes ini, tiga asid lemak diikat kepada satu molekul gliserol (maka sebab itu dinamakan trigliserol dimana tri- merujuk kepada tiga molekul asid lemak berkenaan). Bila simpanan glikogen berkurangan, molekul tri-asilgliserol boleh dipecahkan dimana komponen gliserol boleh diubah kepada glukosa dan seterusnya diguna untuk menghasilkan tenaga. Disamping itu, tiga molekul asid lemak tadi juga boleh digunakan terus untuk menghasilkan tenaga.


Tidak seperti glikogen, kebolehan badan untuk menyimpan lemak tiada had. Dan tubuh kita dicipta untuk tidak membazir. Untuk itu, bila simpanan glikogen sudah mencapai had, glukosa yang berlebihan boleh diubah kepada gliserol dan disimpan sebagai lemak. 

Tuesday, January 24, 2017

Pentingnya Air kepada Tubuh

Badan kita dipenuhi air dimana 60% daripada badan kita adalah air. Disebabkan itu, selain daripada makanan, pengambilan air adalah amat penting untuk tubuh kita. Malah, tanpa makanan, tetapi dengan adanya air, kita boleh hidup sehingga 15 hari atau lebih; tetapi dengan makanan, tetapi tiada air, kita hanya boleh hidup selama 3 hari (dan pada masa itu, anda mungkin sedang berada dalam keadaan khayal kerana gannguan pada fungsi otrak akibat kekurangan air).

Bagaimana badan kita menyimpan jumlah air yang begitu banyak ini? Tidak pula Nampak macam kita ni semua kelihatan membuncit dengan air atau badan lembik kerana air. Air badan kita mengisi setiap ruang d alam tubuh kita. Sepertiga daripada air disimpan dalam sel. Ingat, tubuh kita dibina oleh berbilion sel. Selebihnya, air disimpan dalam ruangan antara sel dan juga dalam darah.  
Badan kita menjaga dengan rapi kepekatan air dalam badan kita. Ini kerana, fungsi optima tubuh kita bergantung rapat kepada kepekatan air yang betul dalam darah dan sel. Bila kita sebut darah, kita sebenarnya merujuk kepada air dalam saluran darah yang membawa sel darah merah, gas, dan pelbagai bahan kimia yang dihasilkan oleh tubuh.


Bila tubuh mengalami kekurangan air yang melampau, darah menjadi pekat dan ini menyebabkan jantung terpaksa berkerja lebih kuat untuk mengepam darah dengan tekanan yang tinggi bagi membolehkan darah mengalir melalui saluran darah keseluruh bahagian badan. Disamping itu, kebanyakan aktiviti kimia (aktiviti metabolisma) yang berlaku dalam sel memerlukan kehadiran molekul air. Disebabkan itu, untuk memastikan otak (yakni sel otak) berfungsi pada tahap optima, anda perlu memastikan tubuh mempunyai air yang mencukupi.